🌹Bahagian 7🌹

1.9K 142 70
                                    

SAPU TANGAN biru yang disulam itu dipandang kosong. Faliq sudah baring di atas katil sambil matanya tak lekang dari memadang sapu tangan pemberian Melati dulu. Tangan kirinya dijadikan sebagai alas untuk dia baring sementelah tangan kananya asyik membelek-belek sapu tangan tersebut. Ada namanya yang disulam di hujung sapu tangan tersebut. Terngiang-ngiang di gegendang telinganya saat Rian bersungguh-sungguh menyatakan bahawa Melati sudah kembali.

Setelah sekian lama, setelah dia sah menjadi tunangan orang, mereka tak lagi membahaskan tentang Melati. Sudah tiga tahun dia berhenti menunggu. Tapi hari ni, tiba-tiba pula Rian membahaskan tentang gadis itu. Gadis yang buat dia was was dengan perasaan sendiri. Gadis yang kadangkala dia rindukan. Hanya doa yang mampu disampaikan andai dia rindu setengah mati pada seorang Melati.

"Kalau betul apa yang Rian cakap, kenapa baru sekarang kau muncul Mel? Sepuluh tahun Mel, kau pergi macam angin. Kau cakap aku ni kawan kau, tapi kenapa kau buat aku merana sebab rindukan kau?" Keluhan berat terus dilepaskan. Dijatuhkan sapu tangan di wajahnya. Mata dipejam rapat. Penat. Penat dengan bebanan kerja dan saat ini soal Melati tiba-tiba muncul pula. Betul kata Rian, dia memang perlukan rehat saat ini. Cuti seminggu pun jadilah asalkan dia boleh tenangkan diri.

Dalam masa yang sama, di sebuah bilik yang penuh dengan lukisan dan kanvas kelihatan Melati sedang melorek potret seseorang di atas kertas kanvasnya. Sesekali dia tersenyum nipis melihat potret yang hampir siap itu. Lampu malap menemani malamnya tika ini. Diusapnya lembut potret yang dilakar. Rindu. Ya, dia juga rindu pada pemuda itu. Nafas panjang ditarik. Ada perasaan sebak bertandang di dalam hati tika ini.

"Aku rindukan kau Fal. Aku teringin sangat nak jumpa kau lagi. Tapi... aku takut... kalau aku jumpa kau cuma kekecewaan aje jadi peneman setia aku."

"Siapa?" Suara dari belakang mematikan lamunan panjang Melati. Dia kalih. Riana sudah melangkah ke arahnya sambil fokus memerhatikan potret yang baru disiapkan Melati itu. Diusapnya lembut potret indah tersebut sebelum tangannya ditepis kasar oleh Melati. Geram pula Melati bila Riana pergi usap muka Faliq kesayangan dia.

"Amboi Kak Mel ni, garangnya. Adik cuma nak rasa aje sentuhan kasih akak tu. Siapa mamat ni? Handsome."

"Apa ni adik, masuk bilik akak sesuka hati adik aje. Ganggu privasi akak tahu tak?"

Riana ketawa. Suka tengok muka kakak dia yang sudah merah. Malu.

"Eleh dia masuk bilik orang sesuka hati macam bilik dia boleh pula. Ni jawablah soalan adik, siapa cik abang yang berjaya curi hati Kak Mel ni? Apa ingat adik tak tahu berapa banyak potret mamat ni yang akak lukis."

Melati bangun dari duduk. Dikemasnya alatan lukisan. Mahu mengelak soalan Riana itu. Sungguhlah, setelah sekian lama akhirnya tertangkap juga dia suka lukis potret seorang Faliq Ridhwan.

"Patutlah akak tak terima lamaran lelaki yang nak jadikan akak isteri dia orang. Rupanya akak dah ada seseorang eh?"

"Adik..."

Riana senyum nipis. Diusapnya lembut bahu Melati yang sedang ligat menyusun alatan lukisan itu.

"Akak kena kahwin cepat-cepat. Adik tak boleh kahwin sebab akak tau. Mama tak nak adik langkah bendul. Kalau akak dah berpunya, akak cakap jelah dengan mama. Kenalkan dengan mama. Tak payahlah sorokkan macam ni. Kesian abang Amin tu, kita orang nak kahwin tapi mama tak izinkan sebab Kak Mel tak kahwin lagi," keluh Riana.

Melati pejam mata buat seketika. Rasa bersalah pada Riana kembali muncul. Terus dia pegang kedua bahu Riana. Matanya sudah menikam tepat anak mata milik Riana Sofia Adara itu.

"Akak minta maaf kalau sebab akak, adik tak boleh kahwin dengan Amin. Tapi, masalahnya akak memang tak boleh terima semua calon yang datang. Akak dah buat silap besar dekat mamat dalam lukisan tu dik. Akak dah buat dia tertunggu sepuluh tahun lamanya. Sekarang ni... akak tak boleh bersama dengan dia."

TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now