🌹Bahagian 14🌹

2.2K 140 64
                                    

SEMINGGU sudah berlalu sejak kejadian Melati dan Faliq berperang dingin. Melati betul-betul marah dengan Faliq. Sedap hati lelaki tu aje nak tuduh dia yang bukan-bukan. Susah dia nak maafkan Faliq biar berpuluh kemaafan yang lelaki tu pinta pada dia.

Dia hanya baring membelakangi Faliq. Tak nak pandang wajah Faliq yang sudah merangkul pinggangnya dari belakang. Ditepis kasar tangan kekar itu sebelum gebar ditarik-tariknya dari tubuh Faliq. Biar Faliq kedinginan. Dia kesah apa. Hatinya sudah disakiti dan biar Faliq pula yang sakit hati.

Akhirnya, Faliq mengalah juga. Keduanya saling membelakangi antara satu sama lain. Siap main tarik-tarik gebar lagi sampailah akhirnya Faliq mengalah sekali lagi. Membiarkan seluruh gebar jadi milik Melati. Lima bulan pernikahan mereka, baru kali ini dia nampak Melati betul-betul mengamuk. Salah kau juga Faliq Ridhwan. Stress dengan kerja sampai yang jadi mangsanya Melati. Kesian Melati.

Sepanjang seminggu itu jugalah, Faliq sanggup sediakan sarapan pagi buat Melati. Siap masakkan makanan kegemaran Melati lagi. Tapi, balasan negatif tetap Melati berikan buat seorang Faliq Ridhwan. Kalau dia tak fikirkan tentang 'orang baru' yang akan hadir dalam hidup mereka tak mungkin dia akan duduk berhadapan dengan Faliq. Dalam diam juga, Melati mula minum susu untuk ibu mengandung. Biarlah dia seorang aje yang tahu dia tengah mengandung sebulan saat ini. Masih protes dengan Faliq.

"Tadaaaa, saya ada masakkan nasi goreng kampung kegemaran awak. Mungkin tak sedap macam mama buat tapi saya harap kena dengan selera awak ya sayang," ujar Faliq. Rambut ikal Melati yang disanggul tinggi itu diusap lembut oleh Faliq. Macam budak-budak sekolah aje dia tengok Melati ikat sanggul tinggi macam tu. Nak ketawa pun ada tapi nanti tak pasal-pasal Melati tambah marah.

"Sayang, kenapa direnung aje nasi tu. Nak saya suapkan ke? Tak lapar ke minum susu aje?"

"Masakan awak ni tak sedap! Masin. Tak naklah saya makan. Lagipun nak hadap muka awak ni kan buat selera saya mati terus tau."

Usai menghabiskan segelas susu, Melati terus naik anak-anak tangga. Malas dia nak hadap muka Faliq yang baru mahu menjamah sarapan paginya. Mulalah sudah rancangan Faliq untuk pikat hati isteri tercintanya itu. Dibelikan makanan kegemaran Melati, dibelikan novel-novel kegemaran Melati siap buat lawak tak menjadinya lagi buat perempuan itu. Tapi reaksi Melati masih kosong.

Dingin.

"Mel, awak tahu tak kenapa nama manja awak Mel?"

"Tak."

Hailah, Melati ni mulailah muncul rasa bersalah dia bila tengok Faliq yang bersungguh-sungguh nak pikat dia. Lagipun dia dah mulai rasa rindu nak jadi Melati yang tiga suku macam dulu. Rindu nak bergelak tawa dengan suami tercinta dia tu.

Sesekali Faliq pandang sekilas wajah dingin Melati yang sedang bermain Candy Crush di dalam iphonennya itu. Fokus sangat Melati main Candy Crush sampai tak sedar dia dah balik sejam tadi. Sengaja dia balik awal dari kerja semata-mata nak teruskan misi memikat hati Melati sekali lagi.

"Sebab melihat wajah awak buat saya jatuh cinta tiap-tiap hari," usik Faliq sambil tersenyum manis.

Melati terkedu. Dia nak gelak dah ni tapi ditahannya saja gelaknya. Kena seksa jiwa Faliq. Tak puas lagi dia nak tengok Faliq terhegeh-hegeh nak pujuk dia. Sekali sekala kena seksa jiwa Faliq apa salahnya.

Melihat tiada reaksi daripada Melati, Faliq pula yang mati akal bila pickup line yang dia buat untuk Melati tak menjadi. "Bintang cantikkan? Kalau tak ada bintang mesti langit malam tak indah."

"Entah."

Pahit terus senyuman Faliq. Susah betul nak pujuk Melati. Tak apa, kena usaha lagi sampai berjaya. Digenggamnya erat tangan Melati lalu dibawa ke bibir. Lama. Tapi segera ditepis wajahnya oleh Melati.

TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now