🌹Bahagian 13🌹

2K 138 71
                                    

LIMA BULAN KEMUDIAN...

KELIBAT Faliq hanya diperhatikan saja dari tadi. Usai saja Melati bersiap untuk memulakan tugasnya hari itu dia terus menuruni anak-anak tangga rumahnya. Mahu dibantu Faliq menguruskan diri tapi Faliq tu macam nak tak nak aje layan dia. Nanti pengakhirannya dia kena marah dengan Faliq pula. Sudahlah sejak dua menjak ni emosi dia sendiri tak stabil. Tambahan pula, dia juga sibuk dengan lawatan orang luar ke galeri seninya itu. Tapi, Melati tetap jalankan tugasnya sebagai seorang isteri.

Malamnya pula kadang-kadang dia yang tertidur di meja makan tunggu kepulangan Faliq. Terasa jugalah hati dia bila Faliq tak jamah langsung makan malam yang dia hidang.

"Sayang, saya pergi dulu..."

"Fal... minumlah dulu. Aduh ni tali leher ni mari sini saya betulkan. Katanya hari ni kan ada kes perbicaraan. Kenalah nampak smart depan hakim nanti. Nanti sejuklah hati hakim tu kalau dia tengok muka tenang awak ni sayang," omel Melati seraya menghampiri suaminya.

Faliq sudah mati langkah bila lengannya ditarik lembut agar menghadap Melati yang berbaju blouse berwarna merah jambu itu. Matanya ralit memandang jam dinding yang sudah menginjak ke pukul lapan pagi. Sebab kesibukannya uruskan kes baru ni dia lambat bangun. Melati pun sama. Dua kali lima saja.

Usai membetulkan tali leher Faliq, Melati capai sekeping roti dan secawan teh panas lalu dihulurkan pada lelaki itu. Terus Faliq hirup teh panas yang Melati hidangkan sebelum diusapnya lembut kepala Melati yang dibaluti dengan selendang biru muda itu.

"Fal! Ni, makanlah sikit roti ni. Sikit je..."

"Melati sayang, tolonglah faham saya. Suami awak ni dah lambat sangat tak ada masa nak jamah makanan. Dah, saya pergi dulu. Malam ni jangan lewat balik macam semalam. Jangan buat saya risau sangat tentang awak. Jangan degil. Saya pergi dulu, Assalamualaikum." Sempat lagi Faliq bagi pesanan ringkas buat Melati yang masih tercegat berdiri di muka pintu sambil memakai kasut hitamnya. Tangan Melati yang ingin menyalami tangannya hanya dipandang kosong sebelum dia menerbos masuk ke dalam kereta.

Berubah terus air muka Melati dengan tingkah Faliq itu. Ada rasa sebak bertandang di dalam hati dengan layanan Faliq.

Aduh, kenapalah dia ni nak sensitif sejak dua menjak ni. Macam dia tak biasa dengan layanan Faliq kalau Faliq lambat masuk kerja. Faliq memang tak akan layan orang sekelilingnya lagi bila dia dah terlambat. Tapi entahlah, macam ada sesuatu aje yang selalu buat Melati sensitif bila Faliq buat dia macam tak wujud.

Tiba-tiba Melati terasa mual. Cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam tandas sebelum dikeluarkan segala isi di dalam perutnya. Berkerut-kerut dahinya dengan rasa pening yang kembali menyerang. Usai berkumur-kumur, dia terus terduduk di kerusi makan. Dipandangnya sepi nasi goreng yang sudah dihidangkan buat Faliq itu. Tubuhnya yang lemah dibiarkan begitu saja. Teragak-agak tangannya mengusap perutnya yang kempis itu. Kenapa ya sejak dua menjak ni dia asyik muntah-muntah tiap-tiap pagi? Takkanlah secepat itu ada benih sedang membesar dalam rahimnya?

Kalau betul, bahagianya hati dia. Bahagia sebab dia yakin mesti Faliq suka dengan berita gembira ni.

TANGAN digenggam erat. Matanya ralit memandang figura seorang lelaki yang sedang duduk bertentangan dengan seorang wanita di sebuah kafe. Sesekali perbualan mereka diselitkan dengan gelak tawa dari wanita itu. Merah wajah Melati memandang suaminya sudah duduk berduaan dengan wanita yang mengenakan dress lengan panjang tapi pendek paras paha itu. Menampakkan pahanya yang putih melepak. Sungguhlah, rasa nak meletup jantung Melati bila dia nampak adegan itu.

Sebab ini ke hubungan mereka tiba-tiba dingin? Sebab hati Faliq sudah berubah kepada wanita elegen itu ke? Dia tahulah dia ni tak elegen dan nampak kekampungan. Asyik pakai baju kurung aje pergi kerja. Jarang sangat pakai baju kasual macam yang Faliq inginkan sangat. Ya, Faliq nak dia jadi wanita moden dan bukan kekampungan dengan pakai baju kurung. Tapi, dah dia memang suka sangat pakai baju kurung. Nak buat macam mana lagi.

TERUKIR CINTA BUATMU (CERPAN) (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now