Prolog

471 65 3
                                    

Air tasik yang tadinya begitu tenang itu sedikit berkocak apabila satu entiti yang tidak dikenal pasti muncul pada permukaan secara tiba-tiba. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Entah dia juga tidak pasti bagaimana dia boleh tersesat sehingga ke situ.

Tempat itu begitu asing pada penglihatan matanya yang berwarna emas. Rambut merah maroonnya yang basah kuyup dikuakkan ke belakang.

Larissa menoleh kiri dan kanannya. Setelah pasti tiada sesiapa atau kelibat yang kelihatan, dia terus berbaring atas tanah betul-betul bersebelahan dengan tasik yang baru sahaja dia keluar tadi.

"Aku dekat mana ni..." soalnya lemah. Masih tercari-cari nafas pendek.

Angin malam yang menghembus lembut menyebabkan badannya yang tidak berbaju sedikit menggigil.

Tidak berbaju?

Mata yang kian tertutup, kembali segar serta-merta. Tegak badan dia melihat diri sendiri.

"ARGHH MANA BAJU AKU!" Larissa pantas menutup sebahagian badannya yang bogel tanpa seurat benang itu menggunakan tapak tangan sendiri. Mukanya sudah semerah tomato. Mujur sahaja rambutnya yang panjang separas pinggang itu boleh menjadi sedikit halangan untuk menutupi tubuhnya yang terdedah luas.

"Aku dekat mana ni" sekali lagi laju kepala Larissa menoleh sekeliling tempat itu dengan penuh kebingungan.

Kali terakhir memorinya tersimpan, dia berada di rumahnya sendiri di perkampungan Sirentain. Jadi bagaimana pula dia boleh tersesat ke tasik ini dengan keadaan yang bogel tanpa seurat benang.

Namun semakin lama Larissa mengamati tempat itu semakin berdegup kencang jantungnya mengepam laju.

"Ini ... ini macam tasik Golden Tear" gagap Larissa menahan kesejukan yang semakin mencengkam sehingga ke tulang dalam. Dia kenal akan tempat ini. Sering sekali tasik ini berlalu di muka surat khabar atau terpampang pada peta peta dunia lama.

Larissa jadi makin gelisah. Kiri kanan mata meliar cuba menyembunyikan diri daripada penglihatan manusia.

Andai kata ini benar adalah tasik Golden Tear maka dia kini dalam masalah yang sangat besar.

Ini kerana Tasik Golden Tear terletak dalam perkarangan ISTANA RAJA MANUSIA!

"Hmm memang tasik beta ni tempat mandi perempuan tidak berbaju ke sekarang?" Tegur seseorang dari arah belakang Larissa.

Terkaku lidah. Larissa tergamam seketika. Tidak. Jangan kata dia sudah terkantoi dengan manusia di sini.

Masih tidak berpaling, Larissa kekal menjadi patung di tempatnya tadi.

Kedengaran kaki melangkah semakin dekat dari arah belakang tubuhnya yang tidak berbaju.

Kejap!

Mata Larissa membulat makin besar.

Dia bahasakan diri dia beta tadi?!

"Hey, kau tidak dengarkah apa kata beta" bahu Larissa tertarik menoleh ke arah belakang. Cepat-cepat Larissa menutup matanya rapat. Dia sangat malu untuk berhadapan dengan sesiapapun saat ini. Sudahlah keadaannya tidak berbaju.

BOOK 14| RED HAIR WIFE (IN PROGRESS) Where stories live. Discover now