ST 23

368 50 67
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

Pandangan ngeri itu beralih ke arah pintu bilik. Terlihat seorang perempuan sedang berjalan masuk ke bilik, tempat dia menjalanlan upacara menyantau dan melabuhkan duduk di hadapannya. Wajah gadis itu dipandang lama. Ditiliknya wajah itu di setiap sudut.

"Kau orang asing?" soal Pak Atam yang penuh dengan sisi ilmu hitam itu. Setelah mendengar terjemahan dari aplikasi di telefon pintarnya, gadis itu mengangguk. Kemudian gadis itu mengatakan sesuatu lalu telefon pintarnya mula menterjemahkan.

"Nama saya Luna. Saya berasal dari negara Korea."

"Korea?" soal Pak Atam lagi. Belum pernah orang datang dari jauh ingin berjumpa dengannya. Pak Atam memejamkan mata seketika, sedang berfikir niat sebenar gadis itu. Kemudian dia membuka luas matanya memandang figura di hadapan. Bibir hitam itu senyum sinis.

"Aku tahu niat sebenar kau nak berjumpa dengan aku. Tapi, kau tahu kan, bayarannya sangat tinggi?"

Luna hanya senyum senget. Dia mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dari beg tangannya dan ditunjukkan pada lelaki tua yang bermata duitan itu. Bibir mereka munguntum senyuman. Akhirnya, segala yang dimahukan mulai tercapai. Tak lama lagi perasaan benci mula meresap di dalam jiwa si isteri.

Tak sia-sia selama ni Luna mencari bomoh yang bagus dan datang dari jauh untuk berurusan dengan bomoh ini. Pak Atam memang berguna.

Senyuman semakin lebar. Dia tidak sabar melihat rumah tangga itu menjadi kucar-kacir. Dia akan memastikan Jannah benar-benar susah dan menderita sebelum menemui ajalnya. Hatinya akan berpuas dan gembira dengan keadaan itu. Itulah perkara yang paling dinanti-nantikannya.

Luna tekun melihat Pak Atam yang sedang melakukan kerjanya. Gadis itu memang benar-benar bernafsu untuk memusnahkan kehidupan Jannah. Gadis yang merampas cinta hatinya. Jiwa dan hatinya bernanah dengan sifat jahat dan kotor. Demi melunaskan rasa tidak puas hati, dia sanggup mengikut telunjuk syaitan.

Tapi bagi dirinya itu semua tidak penting. Dia mahu hidup Jannah musnah!

"Tapi satu yang kau kena ingat," bicara Pak Atam sebelum dia selesai melakukan upacaranya.

"Kalau ada orang yang berilmu suci datang untuk mengubatkan manusia yang kau benci ni, contohnya ustaz, pak imam, bilal, atau orang-orang yang terhindar dari jalan sesat, kau perlu berhati-hati. Jika kau biarkan, semua yang kau inginkan serta-merta akan hancur."

●●●

Jannah menderam. Matanya merah berurat. Dia bernafas kasar dan deras. Anak matanya liar ke sana sini. Dia mencangkung di atas katil dengan rambut yang menggerbang.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now