ST 6

575 86 63
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

Pang!

Tamparan hebat hinggap di pipi Jungkook. Pipi yang sudah memerah dipegang. Dia merasakan rahangnya seperti sudah patah saat itu. Dipandang wajah eomma yang sudah menyinga.

"Jeon Jungkook! Kook sedar tak apa yang Kook buat ni? Kenapa tukar agama tak beritahu eomma? Apa eomma ni dah tak penting? Eomma dah tak wujud kat dunia ni sebab tu Kook buat keputusan sendiri? Macam tu ke?"

Dada Puan Jeon naik turun. Kesal dengan sikap anak terunanya. Sungguh gerun melihat Puan Jeon mengamuk seperti dirasuk setan.

"Eomma, percayalah. Kook dah fikir masak-masak benda ni dan Kook yakin, keputusan yang Kook buat ni betul," bicara Jungkook lembut. Cuba menenangkan ibunya.

"Eomma izinkan kamu pergi melancong sebab nak Kook tenangkan diri. Bukan balik-balik bawa berita mengarut ni! Nak kahwin dengan orang sana pula tu. Kamu ni dah gila ke, Jungkook?"

"Junha," selit Tuan Jeon.

"Kook dah 24 tahun. Bukan lagi empat tahun. Anak kita dah besar, Junha. Biarlah dia buat keputusan sendiri. Sampai bila kita nak kongkong anak kita macam ni? Dia pun nak rasa ada keluarga juga."

"Ya, memang Kook boleh kahwin tapi bukan dengan budak tu! Budak tu yang hasut anak kita supaya Kook masuk agama mengarut dia. Macam mana kalau Kook jadi teruk sebab hidup dengan perempuan tu? Awak sanggup?"

"Agama Islam bukan agama mengarut, eomma."

Puan Jeon kembali memandang anak tunggalnya. Kemarahan eomma seperti ingin meletop dengan sikap Jungkook yang bersahaja.

"Islam itu indah. Islam yang mengajar kita buat amalan kebaikan. Allah itu wujud, eomma. Dia yang menciptakan manusia, dan Dia juga yang mematikan. Kook nak ajak eomma dan appa ikut Kook peluk Islam. Kook nak kita masuk syurga sama-sama."

"Habis eomma ni jahat sangatlah sampai layak masuk neraka? Itu ke yang perempuan tu ajar kat kamu, Jungkook?"

"Bukan macam tu..."

"Sudah! Kook dengar sini baik-baik. Eomma tak akan ikut Kook masuk agama mengarut tu dan eomma tak akan restu Kook kahwin dengan budak tu! Kalau Kook buat juga, Kook bukan lagi anak eomma." Puan Jeon beri kata putus. Terus dia mengangkat kaki meninggalkan Jungkook. Kepala Tuan Jeon digeleng-geleng. Kesal dengan sikap isterinya yang keras kepala.

Namun Jungkook tidak mahu mengalah. Dia pantas mengejar ibunya.

"Eomma, dengar dulu apa Kook nak cakap ni! Eomma!"

●●●

Jannah terjaga dari tidur saat mimpi ngeri itu datang dalam mimpinya. Dia bernafas tercungap-cungap. Dahinya sudah basah dengan peluh walaupun bilik itu mempunyai penghawa dingin yang sejuk. Jannah beristighfar berkali-kali, cuba menenangkan dirinya.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now