ST 12

460 65 47
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

Jungkook membuka matanya perlahan lalu menggeliat kecil. Badan terasa sakit pula akibat tidur selepas waktu Asar. Kalau bukan sebab dia penat keluar bersiar-siar dari pagi, mesti dia tak tertidur waktu-waktu begini.

Jam di tangan dikerling. Sudah pukul enam setengah petang. Lebih baik membersihkan diri dahulu sebelum masuk waktu Maghrib.

Jungkook sudah bangun dari perbaringan dan berniat untuk ke bilik air. Melihat wajah isterinya yang masih tidur di sebelahnya membuatkan langkahnya terbantut. Redup sahaja matanya memandang wajah yang penat itu. Mungkin Jannah juga tertidur kerana penat bersiar-siar dari pagi dengannya.

Mata Jannah sibuk memerhati kedai-kedai pakaian yang berada di dalam pusat membeli-belah itu. Sedang mencari pakaian yang selera dengan cita rasanya. Jannah mengetatkan lagi pelukan pada lengan Jungkook. Bibirnya bergaris senyuman manis.

"Apa ni, Jannah..." keluh Jungkook. Jannah agak terkejut apabila lelaki itu meleraikan pelukan dari tangannya. Wajah Jungkook yang berkerut itu dipandang.

"Tak payah peluk-peluk. Orang nampak malulah," bicara Jungkook lagi.

"Kenapa nak malu pula? Kita kan dah kahwin?"

"Memanglah. Tapi saya rimas. Faham tak rimas? Kalau awak masih nak shopping, jangan peluk-peluk saya," jawab Jungkook tanpa berlapik lalu meneruskan langkahnya, meninggalkan gadis itu.

Jannah berdiri kaku. Dia hanya pandang Jungkook yang sudah berjalan ke depan. Terasa hatinya bagai dicucuk dengan pisau tajam saat ini. Nampak sangat lelaki itu seperti tiada perasaan sayang langsung pada dirinya.

"Adam... sampai hati awak."

Jungkook mengeluh berat. Mengingatkan kejadian pagi tadi, rasa bersalah pula terhadap gadis itu. Gadis yang sudah sah menjadi isterinya. Jika bukan sebab perjanjiannya dengan Dato' Jafar, dia tak akan layan Jannah sebegini rupa.

Wajahnya diraup kasar. Tiba-tiba permintaan Jannah malam tadi berlegar-legar di ingatan.

"Cuba panggil Jannah dengan panggilan manja sikit. Macam... baby? Sayang? Kan sweet tu."

Jungkook mula duduk tegak. Matanya tepat memandang cermin di hadapannya. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan sebelum tekaknya dibetulkan.

"Sayang." Jungkook cuba bersuara perlahan dengan nada romantik. Namun lantas dia menggeleng berkali-kali. Nadanya seperti tak menjadi pula.

"Sayang..." sebut Jungkook manja. Namun sekali lagi dia menggeleng. Tak semena-mena bulu romanya naik. Terasa geli dengan diri sendiri. Dah macam orang gila pula kerana cakap-cakap sorang-sorang di hadapan cermin.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now