ST 29

376 36 18
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"How's your day?"

Tangan Taehyung sibuk membelek baju kemeja di suatu kedai sambil telefon masih lekap di telinga. Mendengar jawapan dari seseorang di hujung telefon, terus dia ketawa kecil.

"Tak, tak okey. Saya rasa kosong kalau awak tak ada dengan saya, Haris," jawab Sofia kedengaran kecewa.

"Awak kena sabar sikit, Sofia. Sekarang ni saya tengah beli baju kemeja. Yela, nak nampak hensem depan parent awak. Nanti saya dah sampai Malaysia kita jumpa, okey."

"Awak pakai apa pun dah hensem, Haris Aryan Kim." Sofia ketawa kecil di hujung talian. Dan itu memang fakta. Taehyung seperti bidadara jatuh dari langit. Mata dan senyuman dia bagai ada aura yang dapat mencairkan hati mana-mana wanita. Siapa sahaja tak mahu?

"I know already."

Taehyung tahan tawa apabila mendengar Sofia berdecit.

"Haris..." panggil Sofia lembut. Taehyung diam menunggu percakapan Sofia.

"I love you."

"I know..."

Hanya senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Tidak mampu ingin membalas kata-kata cinta. Mungkin kerana hati belum bersedia mahu mencari pengganti.

Tiba-tiba terlihat satu sosok tubuh sedang berjalan melepasi pintu kedai. Tubuh sasa itu, macam kenal. Terus Taehyung berjalan keluar dari kedai tanpa sempat mematikan panggilan. Matanya meliar mencari tubuh itu.

Seperti yang disangka, tubuh itu ialah Adam Darwisy. Memang kenal sangat tubuh sasa kawan baiknya itu. Tapi, alangkah terkejutnya apabila terlihat seorang perempuan sedang memeluk pinggangnya. Dan dia yakin, gadis itu bukan Jannah. Kerana Jannah bertudung, tapi gadis itu tidak bertudung.

Sangkaan Taehyung, Jungkook akan menolak gadis itu jauh darinya. Namun sangkaannya meleset apabila Jungkook menarik pinggang gadis itu agar merapatinya. Mereka berdua tersenyum bahagia. Taehyung tekup mulut, terkejut. Jungkook ada perempuan lain?

Dia mengecilkan mata, ingin melihat wajah gadis itu dan membuatkan Taehyung terpaku di tempatnya.

"L... Luna?"

"Haris!"

Taehyung seakan baru tersedar apabila Sofia menjerit namanya dari telefon.

"Are you still there?" soal Sofia. Sudah berkali-kali nama lelaki itu dipanggil, namun tetap tiada sahutan.

Wajah Taehyung bertukar bengis. Matanya tidak lepas dari melihat Jungkook dan Luna yang sedang senyum manis antara satu sama lain. Tajam mata itu memerhati. Penumbuk dikepal erat.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now