ST 11

524 75 42
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"Ada musuh kat belakang! Tembak dia Luth!"

"Jap, Luth dah takda peluru!"

"Nah, ambik abang punya. Cepat tembak dia! Kita dah nak menang dah ni!"

"Bang! Ada orang datang!"

"Tu bukan team kita. Luth pergi belah kiri, abang pergi belah kanan. Cepat, cepat!"

Kecoh benar ruang tamu itu dengan jeritan Jungkook dan Luthfi yang sedang bermain video game. Mummy sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Seronoklah tu Luthfi sebab dah ada kawan nak main game sama. Kalau tak selama ni mummy dan daddy aje yang kena. Umur macam mereka manalah tahu main benda-benda macam tu.

"Mummy?" panggil Jannah sambil menuruni anak tangga.

"Dah siap?" soal mummy.

Jannah menggangguk kecil lalu bagasinya diletakkan ke tepi. Mummy pandang anak gadisnya dari atas hingga bawah. Senyuman manis terukir di bibir pucatnya. Sejuk sahaja hatinya melihat Jannah dengan penampilan barunya.

"Mana Adam?"

"Menang!" jerit Jungkook dan Luthfi serentak lalu mereka berpelukan.

Daddy yang baru sahaja menuju ke ruang tamu bersama Jasmin hampir sahaja terkena serangan jantung. Turun naik dadanya mengambil nafas. Kepala digelengkan bekali-kali.

"Boleh sakit jantung daddy dibuatnya. Haih budak-budak ni."

Luthfi tersengeh. Jungkook menggosok lehernya, malu. Baru dia sedar yang ini rumah orang.

"Abang memang terbaiklah. Tak sangka abang pro main game. Abang ipar Luth memang win!"

Bersungguh Luthfi berbicara. Jungkook senyum kekok. Kembang-kempis hidung dibuatnya. Malu pula apabila dipuji walaupun itu memang kenyataan.

"Adam."

Telinganya menangkap suara dari belakang. Jungkook bangun dari duduk lalu memusingkan badannya. Dia terpanar seketika. Melihat Jannah dengan penampilan barunya membuatkan lidahnya kelu. Hatinya menjadi tenang serta-merta.

Jannah yang berpakaian menutup aurat dengan selendang di kepala. Lagi-lagi selendang itu ialah pemberian yang pertama darinya. Benar-benar telah membuatkan dia hanyut dengan kecantikan wanita itu.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now