ST 20

433 57 44
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"Luth..." panggil Jannah lembut. Wajah adiknya yang sudah tidak seperti zaman remajanya dipandang. Namun Luthfi melarikan pandangan, tidak mahu bertentang mata dengan Jannah.

"Luthfi... ni angah. Kakak Luth," bicara Jasmin pula ingin memujuk Luthfi yang semakin menjauhi Jannah. Jannah hampir menangis. Melihat keadaan adiknya begini, sudah bukan seperti dulu lagi. Sungguh, hati ini merintih.

Apabila Jasmin menyebut perkataan 'angah', mata Luthfi mula memandang ke arah Jannah. Perlahan-lahan dia mengesot mendekati gadis itu. Pipi kakaknya dipegang. Terus Luthfi menepuk tangan teruja.

"Angah!" Pelukan bertaut erat. Syukurlah, Luthfi sudah mengingati adik-beradiknya. Air mata Jannah mengalir lesu. Jasmin juga masuk ke dalam pelukan mereka berdua. Kedua-dua kepala adiknya diusap dengan penuh kasih sayang.

Pelukan dileraikan. Mata Luthfi beralih ke arah Jungkook yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Kemudian wajah Taehyung dipandang dengan dahi berkerut.

"A... abang Terhuyung-hayang. Dia ni siapa?" soal Luthfi sambil jari telunjuk ditudingkan pada Jungkook. Jungkook sudah ketawa terbahak-bahak. Air mata Jannah yang ingin mengalir seakan terhenti apabila Luthfi menyebut Taehyung menjadi 'terhuyung-hayang.' Dia juga ketawa kuat, sehingga terduduk Jannah dibuatnya.

Jasmin ingin gelak, namun dia tahan. Dia sekadar ketawa kecil dan memalingkan wajahnya dari Taehyung. Tidak mahu mengecilkan hati suaminya. Taehyung hanya menjeling Jungkook dan Jannah. Sakit hati betul. Ha baguslah, laki bini sama aje.

Taehyung manarik nafas lalu dihembus, menahan sabar. Kemudian dia ukir senyum paksa memandang Luthfi yang turut menepuk-nepuk tangan.

"Luth... kan abang dah kata. Panggil abang Haris. Bukan abang Terhuyung-hayang..." Taehyung mengetap gigi di ayat akhir. Melihat suami isteri itu yang masih menghamburkan tawa, makin panas hati jadinya. Luthfi tayang sengih.

"Hehe, lupa."

Jungkook menghabiskan sisa tawa yang masih ada sebelum mendekati Luthfi yang terpinga-pinga memandangnya.

"Luth tak ingat abang?" soal Jungkook. Pantas Luthfi menggeleng.

"Luth ingat tak siapa yang selalu main video game dengan Luth dulu. Bila kita berdua bergabung je, mesti menang. Luth ingat tak?" soal Jungkook lagi secara lembut. Cuba mengingatkan kembali memori Luthfi perlahan-lahan.

Lama Luthfi berfikir. Tiba-tiba matanya terbutang luas memandang Jungkook. Dia menepuk-nepuk tangan teruja.

"Ingat! Abang Mangkuk kan!"

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now