ST 1

1.7K 118 145
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

Kelihatan ramai orang sedang berjalan-jalan di The Garden, Kuala Lumpur iaitu tempat membeli-belah yang khas untuk orang berada sahaja. Terdapat banyak barang yang berjenama tinggi dan sudah semestinya dapat menarik ramai pengunjung yang berada terutamanya di kalangan wanita.

Mata Nur Jannah bersinar apabila melihat sebuah kedai yang mempamerkan banyak dress mahal dan cantik. Tanpa melengahkan masa, dia terus menarik tangan kawan baiknya, Sofia Azzahra masuk ke dalam kedai tersebut. Dress yang berwarna merah muda dicapai.

"Sofia! Ya Allah cantiknya dress ni!"

Sofia menepuk dahinya. Dia hanya melihat Jannah yang tidak habis memposekan dirinya di hadapan cermin ala-ala model. Dress yang hanya menutup sehingga peha itu membuatkan Sofia mengeluh berat.

"Kau ni tak boleh ke pilih dress yang tak menampakkan kaki kau?"

Dahi Jannah berkerut.

"Kenapa? Kaki aku cantik lagikan flawless. Sayanglah kalau tak tayang," bicara Jannah selamba. Sofia menggeleng kecil.

Jannah dan Sofia mempunyai perangai yang sama namun penampilan mereka tersangatlah berbeza. Jannah ialah seorang yang gila shopping dan tidak menutup aurat. Gadis itu hanya membiarkan rambut dan kakinya ditayang memandangkan tubuh badannya cantik.

Manakala Sofia juga gila shopping namun dia tetap menutup aurat walaupun tidak begitu sempurna. Dia juga mempunyai tubuh badan yang cantik, sama seperti kawan baiknya namun dia tetap tahu batas menjaga aurat.

Namun Sofia tetap terima Jannah seadanya kerana dia yakin, gadis itu akan berubah suatu hari nanti. Dia akan cuba mengubah Jannah sedikit demi sedikit kerana dia sudah menganggap Jannah seperti adiknya sendiri.

Sofia mengerling jam ditangan. Mulut ditekup. Lantas satu lafaz istighfar terlepas dari mulutnya.

"Jannah! Dah pukul 10 malam weh!"

"So?"

"So? Jannah, kita belum solat isyak lagi tahu tak?"

Jannah hanya memekakkan telinga. Dia hanya membelek dress dihadapan cermin dengan tenang. Perkara yang umat islam wajib dibuat namun dia seperti buat tak endah.

"Jannah, kau dengar tak apa aku cakap ni?"

"Ish, kau ni bisinglah. Kau pergilah solat sana. Nanti aku solat kat rumah."

"Dah lambat ni Jannah. Jomlah kita pergi surau sama-sama."

"Tak nak, kau pergilah. Aku tunggu kau kat sini."

Sofia hanya menurut. Dia sudah tidak boleh buat apa. Kalau dipaksa, mulalah kes merajuk sampai putus kawan.

Sedang Jannah ralit melihat baju-baju mahal di situ, Sofia sudah pun beredar tanpa gadis itu sedar. Dia masih tidak puas. Mahu sahaja dia membeli kesemua barang-barang di kedai itu. Nanti duit habis? Dia peduli apa?

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now