ST 10

570 77 53
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"Appa! Appa mengarut apa ni?" Jungkook nyata terkejut. Kenyataan yang baru keluar dari mulut appa sebentar tadi hampir sahaja membuat dirinya sakit jantung.

"Mana Kook nak dapat duit sebanyak tu? 28 juta won! Bukan sikit tau appa, terlalu banyak!"

(28 juta won=RM100 000)

Punggung dihempaskan ke atas katil. Dia mengeluh kesal. Kepala diurut-urut perlahan. Sungguh! Kepalanya tengah serabut sekarang ini.

"Tolonglah appa Kook... Appa tak tahu nak bayar macam mana lagi. Nanti anak buah Ah Long tu nak bunuh appa..." suara Tuan Jeon terketar-ketar seakan merayu dihujung talian. Jungkook berdiri tegak semula sebelum telefon bertukar tangan dari kiri ke kanan kerana lenguh.

"Kenapa appa pinjam duit dekat Ah Long? Duit tu appa guna untuk apa?"

"Untuk business baru appa tulah. Tapi, appa kena tipu."

"Astagfirullahalazim..." Jungkook meraup wajahnya kasar. Rambut diramas kebelakang. Cukuplah dengan masalah yang dia ada sekarang ni. Tiba-tiba datang lagi satu masalah.

Kalau berterusan macam ni, sampai bila aku boleh rasa tenang? Rintih hati kecilnya.

"Kook tolong appa, ya? Ha! Bakal isteri Kook kan kaya. Mintalah duit kat dia. Jannah mesti bagi..."

Jungkook mematikan panggilan tanpa sempat Tuan Jeon menghabiskan bicaranya. Telefon dicampak ke atas katil. Dia mengeluh berat. Allah... dugaan apakah ini...

Disaat yang genting ini, hanya Jannah yang berada di fikirannya. Pada mulanya dia berniat untuk membatalkan perkahwinan mereka dan tidak menerima apa-apa harta daripada Dato' Jafar. Namun dia sudah tiada pilihan lain selain menggunakan Jannah untuk menyelamatkan ayahnya.

"Saya minta maaf, Jannah."

●●●

Mata Jannah tertumpu pada televisyen. Rancangan yang penuh jenaka itu tidak dapat menarik perhatiannya. Kata-kata Jungkook pada tempoh hari masih terngiang-ngiang.

Kenapa... Adam mula berubah? Sudah berkali-kali soalan itu bermain di mindanya namun masih tiada jawapan.

Tiba-tiba loceng dari pintu utama berbunyi namun Jannah hanya buat tak endah. Biarlah orang lain yang membuka pintu itu. Dia mahukan ketenangan.

Ting! Tong!

Sekali lagi loceng pintu utama berbunyi. Jannah mula rimas. Matanya meliar sekeliling mencari ahli keluarganya namun tiada. Dia merengus geram sebelum menuju ke pintu utama.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now