ST 31

392 39 27
                                    

TEASER: Syurga Terindah 31-34 (FINALE)


●●●

"Jangan melawan! Keluar!"

Kedua-dua belah tangan Jannah digenggam kuat dan memaksa gadis itu keluar dari kereta. Namun Jannah tetap berkeras ingin dilepaskan. Terjadi pergelutan antara mereka berdua.

Jannah menggunakan teknik lawannya untuk meloloskan diri. Namun tidak berjaya kerana kudrat lelaki itu terlalu kuat.

Guan Lin sudah naik tangan pada Jannah akibat gadis itu terlalu melawan. Namun, niatnya terbantut apabila terasa seseorang menahan tangannya dan menolak dia jauh dari gadis itu. Belum sempat dia berbuat apa-apa, spontan badan Guan Lin ditolak kasar hingga tersandar di dinding.

Tangan sasa telah mengunci lehernya membuatkan Guan Lin sukar bergerak. Mata tajam itu menikam matanya.

"Berani kau sentuh dia?" soal Jungkook sambil mengetap gigi. Mata tajamnya tak lepas dari memandang lelaki itu. Lelaki yang sudah lama dikehendaki oleh pihak polis, teruma dirinya.

Dengan sebelah tangan yang masih kosong, pantas Jungkook mengambil walkie talkie lalu menekan punat untuk membuat laporan.

"Suspek berada d... di Asan Medical Center, tempat parking. Bawa pasukan..." Sukar Jungkook ingin membuat laporan apabila Guan Lin bertindak ganas ingin meloloskan diri. Tambahan pula, kekuatan Jungkook yang semakin lemah. Dia sudah tidak kuat seperti dulu akibat penyakit yang dihidapinya.

Tidak sempat Jungkook menghabiskan ayat, tukul besi dihayunkan pada perut, kemudian pada lengan kirinya yang menyebabkan walkie talkie terlepas dari genggaman. Jungkook menjerit kesakitan. Ditolak badan itu hingga tubuh mencecah lantai.

"Adam!" jerit Jannah cemas. Jannah ingin mendekati, namun Jungkook menjerit untuk menghalangnya.

"Lari, Jannah! Lari!"

Namun Jannah tidak mendengar kata. Kakinya laju melangkah mendekati Jungkook. Melihat Guan Lin ingin menyerang isterinya, pantas Jungkook cuba bangun walaupun masih terasa sakit. Dilompat atas badan lelaki itu sebelum sempat Guan Lin menyentuh kulit Jannah.

Ditumbuk wajah itu bertalu-talu, namun tumbukannya tidak padu seperti dulu. Dia semakin hilang tenaga. Badannya terasa lemah. Dia hanya mampu menahan Guan Lin daripada menyentuh Jannah. Kerana dia sudah tiada kekuatan ingin menyerang.

Disebabkan Jungkook yang semakin lemah, ditendang badan itu sekuat mungkin. Jungkook terbaring meniarap. Dia bernafas tercungap-cungap. Namun dikuatkan juga diri untuk bangun. Seakan sekelip mata, Guan Lin sedang menghayunkan tukul besi pada kepalanya. Jungkook hanya kaku. Ingin mengelak, dia tidak sempat.

Bbam!

Terdengar satu das tembakan dilepaskan. Dan tiba-tiba, badannya terdorong ke sisi oleh seseorang. Jungkook membuka mata semula, terlihat Guan Lin merintih sakit akibat tembakan pada bahunya. Lantas pasukan polis menggari Guan Lin yang sudah meronta-ronta.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now