ST 13

467 60 61
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

"Aku boleh jaga Jasmin. Pasal Jannah, kau jangan risau. Kami faham kalau Jannah akan benci kami."

Kata-kata Taehyung sebentar tadi berlegar-legar di ingatan. Rambut diramas ke belakang. Ya, memang mereka sudah bersedia. Namun bukan bagi dia. Jika suatu hari nanti Jannah sudah tahu kebenaran, dia tak sanggup ingin melepaskannya.

Jungkook sudah cuba untuk tidak menyayangi wanita itu, namun itu semua hanya sia-sia. Dia tahu, dia tidak boleh lawan dengan takdirNya. Dia tetap harus bersiap sedia jika Jannah ingin membencinya suatu hari nanti. Walaupun hati ini tidak merelakan dia pergi.

Jungkook menghabiskan minumannya lalu berjalan keluar dari kafe tersebut. Dia mendongak, melihat langit gelap.

"Dah malam. Mesti Jannah tengah tunggu aku," bisik hati kecilnya. Jungkook berbincang dengan Taehyung dan Jasmin sehingga tak sedar yang langit sudah gelap. Dia mula berjalan ke keretanya. Tidak mahu membuat Jannah menunggunya lama.

Sedang Jungkook berjalan melepasi lorong gelap, dia ternampak beberapa orang di situ seperti sedang bergaduh. Jungkook mengecilkan matanya. Lorong yang gelap itu membuatkan dia sukar untuk melihat.

Pantas Jungkook mengambil telefon pintar dari poketnya untuk menelefon polis. Namun telefonnya mati. Dia menjadi buntu.

"Lepaslah!"

Jungkook mengangkat kepala apabila terdengar suara seorang gadis. Suara gadis itu seperti Jannah. Ya! Itu suara Jannah! Jungkook menjadi cemas. Pantas menahan seorang lelaki yang baru sahaja berjalan melepasinya. Gerangan itu terkejut. Wajah Jungkook yang cemas itu dipandang.

"Telefon polis sekarang! Ada orang tengah dalam bahaya dekat sana! Sekarang!" teriak Jungkook.

Bergetar-getar lelaki itu mengambil telefonnya ingin menelefon polis. Sementara itu, Jungkook berlari selaju yang mungkin mendekati isterinya. Terlihat seseorang sedang berlari ke arah Jannah dengan pisau di tangan.

Jungkook menjadi semakin cemas. Jantungnya seperti ingin terkeluar sangat ini. Aku tak nak kau mati, sayang. Aku perlukan kau! Hati Jungkook menjerit.

Dia melajukan lagi lariannya lalu lompat ke atas badan lelaki itu sehingga dia jatuh meniarap. Mujurlah, dia sempat. Pisau dari tangan lelaki itu dicampak jauh, lalu wajahnya ditumbuk bertalu-talu. Ingin melepaskan amarah pada seseorang yang cuba untuk membunuh isterinya.

Jungkook menghentikan perbuatannya apabila melihat lelaki itu sudah tidak berdaya lagi. Dia bernafas tercungap-cungap. Kemudian, anggota-anggota polis segera datang menangkap penjahat-penjahat itu.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now