ST 5

622 86 35
                                    

●●●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●●●

Kereta Honda Civic milik Jannah diparking dihadapan sebuah restoran. Handbag yang berada disebelahnya dicapai sebelum keluar dari kereta. Cermin mata hitamnya dibetulkan lalu berjalan masuk ke dalam restoran yang agak mewah itu. Matanya tertancap pada seseorang, lantas senyuman terukir dibibirnya.

Jannah berjalan mendekati gerangan itu lalu mengambil tempat dihadapannya. Senyuman manis dilemparkan.

"Hai, Mika. Sorry lambat."

Lelaki berwajah tampan itu, Mikail Aidan tersenyum manis.

"It's okay, dah biasa. Kalau tak lambat tu bukan awaklah, Jannah."

"Amboi, perli nampak."

Mikail ketawa kecil.

"Awak masih tak berubah, Jannah. Masih cantik macam dulu."

"Bodek..." Jannah mencebik.

"Tak ada apa pun nak bagi kalau awak bodek," ucap Jannah sambil minum sedikit jus strawberi yang baru sahaja tiba.

"Bagi hati ajelah," pinta Mikail dengan wajah tersipu.

Jannah diam sesaat lalu senyuman manis ditayangkan.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" Sengaja Jannah ingin menukar topik.

Mikail hanya senyum. Mukanya mendekati wajah Jannah. Mata berwarna coklat milik Jannah dipandang lama.

"Saya dah bersedia."

Dahi Jannah berkerut.

"Bersedia apa?"

"Jadi bakal suami awak."

Mikail senyum, namun riak Jannah terkejut. Terkebil-kebil matanya memandang lelaki itu. Tak tahulah apa reaksi Mikail kalau dia tahu sebenarnya Jannah akan menjadi isteri orang tak lama lagi.

Tiba-tiba Mikail mengeluarkan sebentuk cincin dari poketnya lalu dihulurkan pada gadis itu. Jannah hanya memandang cincin itu lama. Dia ragu-ragu. Sejujurnya, dia masih ada perasaan pada Mikail. Mummy dan daddy pun suka kalau Mikail dibuat menantu.

Mikail Aidan, lelaki yang bijak lagikan tampan. Bekerja sebagai ketua di syarikat yang terbesar di bandar ini. Walaupun tidak begitu arif soal agama, namun dia mampu pimpin seseorang ke arah yang lebih baik. Menantu idaman semua orang. Boleh dikatakan Mikail ialah satu dalam sejuta. Siapa sahaja tak mahu?

Nama Mikail pernah terukir di dalam hatinya. Mereka juga saling mencintai. Namun disebabkan pilihan keluarga, Mikail terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarganya. Atas sebab Jannah bukanlah wanita yang baik seperti wanita di luar sana. Ya, dia sedar, dia memang jahil. Tapi sekarang dia cuba untuk berubah menjadi lebih baik.

Syurga Terindah ~jjkWhere stories live. Discover now