Season Two [Preview]

2K 248 88
                                    

Welcome to Our Faith Season Two Preview.










Our Faith : Our End










MIN YOONGI!



                   Min Yoongi!


Saya disini!



               Look at me!




     Jebal...



Jieun menjadi lemah bila jeritannya tak membuahkan sebarang hasil. Dia terkurung didalam bekas kaca tanpa rela, melihat si suami melakukan perbuatan curang bersama wanita lain. Hatinya pecah berderai menjadi serpihan kecil.

Min Yoongi yang dia kenal dulu bukanlah Min Yoongi yang dia lihat sekarang. Lelaki itu sudah berubah 360 darjah.

Min Yoongi lelaki keji, menjadi kambing hitam si dia yang sudah mati.

Dia diperalatkan saja.

Tubuhnya terkulai lemah didalam sebuah bekas kaca yang sentiasa berada didalam bilik utama mereka.

Tidakkah suaminya tahu bahawa wanita yang sering dipeluknya dan ditidurinya itu bukanlah Park Jieun, wanita yang sudah sah menjadi isterinya?

Kenapa Yoongi?

“Macam mana kalau Jieun balik?” terdengar suara lelaki itu menyoal lembut sebelum rambut si gadis dielusnya perlahan. Gadis itu ketawa kecil, dada Yoongi yang tak berbaju itu disentuhnya perlahan sebelum menolak tubuh Yoongi agar kembali berbaring.

Mata si gadis melirik sekilas ke arah jam pasir yang kosong yang menempatkan Park Jieun itu. Bibirnya tersungging senyuman sinis.

“Kenapa kalau Jieun balik? Awak nak tinggalkan saya ke?” soal gadis itu. Cepat saja Yoongi menggeleng, kedua tapak tangannya menekup pipi si gadis yang sedang pout itu.

Pandangan matanya dikunci agar si gadis tidak memandang ke arah lain.

“Tak mungkinlah sayang. Saya ni, setia orangnya. Kalau sudah tertulis satu nama didalam hati saya, 24 jam, fikiran saya hanya ada awak saja.” ucap Yoongi serentak membuatkan air mata Park Jieun mengalir perlahan.

Ayat itu...

Ayat yang Min Yoongi pernah ucapkan kepada dirinya suatu ketika dahulu. Yoongi sudah berjanji akan mengunci dirinya seorang didalam hati.

Kini, ayat itu dilontarkan kepada gadis lain selain dirinya. Min Yoongi, apa yang berada di fikiran awak sekarang ni?

Sayakah?

Tak mungkin saya, kan?

Jieun menjadi lemas melihat Yoongi bercumbuan dengan gadis itu. Matanya dipejam rapat, telinga ditekup menggunakan tapak tangan. Tak mahu bunyi- bunyian itu masuk kedalam ruang pendengarannya.

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now