Bab 2🍁

2.1K 417 17
                                    

Our Faith

❝I'm not her❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I'm not her

_______________

"MACAM mana saya boleh ada kat sini?" soal Jieun kepada doktor lelaki berperwatakan dingin tersebut.

Lelaki itu meneliti tekanan darah Hannah sebelum mencatatnya diatas kertas.

"Aku dah cakap kat kau yang kau accident, kau bodoh sangat pergi lari dekat jalan raya tu kenapa?" dingin saja Yoongi membalas buatkan Hannah terdiam.

"Ta- tapi saya bukan Hannah. Saya Jieun, Park Jieun. Gadis penggubah bunga dekat-"

"Kau ni dah kenapa? Otak kau dah senget ke lepas accident hari tu?" soal Yoongi, kedua tapak tangannya dimasukkan kedalam jaket poket sebelum dahinya berkerut.

"Sa- saya nak jumpa adik saya-"

"Dahlah. Aku malas nak layan kau ni." Yoongi meletakkan pen didalam poket jaket doktornya. Jieun mengetap bibir.

Dia masih lagi sangsi dengan dirinya. Dia masih tak faham.

Kenapa dia berada didalam tubuh wanita lain?

Siapa sebenarnya dirinya ini dan apa sebenarnya yang terjadi. Segala persoalannya itu masih belum terjawab.

Dia takut. Tersangat takut.

"Tu- tunggu." lengan Yoongi ditahan, membantutkan pergerakan lelaki itu.

Anak mata Hannah yang menikam mata Yoongi buatkan lelaki itu teragak- agak mahu menepis pegangan tangan gadis itu.

Lama dia merenung wajah Hannah, ada kesan luka di bibir serta luka dibahagian dahi gadis itu.

Luka dibibir gadis itu ialah bekas tamparannya.

Namun kecantikan gadis itu sedikitpun tak terusik.

"Apa kau nak lagi?" soal Yoongi dingin, pegangan tangan gadis itu dilepaskan.

Kedua tapak tangannya kembali dimasukkan kedalam poket kot doktornya.

"Bo- boleh awak terangkan Hannah ni siapa?"

Soalan Hannah buatkan dahi Yoongi berkerut pelik. Kertas diagnosis milik Hannah yang dipegangnya itu dia teliti semula.

"Kau tak mengalami gegaran otak atau kecederaan dibahagian otak sama sekali yang boleh buatkan kau hilang ingatan. Apahal kau boleh tak ingat siapa kau?" soal Yoongi.

Sedikit tak percaya dengan tingkah gadis itu.

"Sa- saya bukan Hannah."

"Kau diam. Kalau kau cakap lagi, aku takkan teragak- agak hantar kau kat hospital sakit jiwa, nak?" ugut Yoongi. Hannah menggeleng perlahan.

"Bagus."

"Awak Min Yoongi?"

"Ya, Hannah. Ini aku, Min Yoongi. Lelaki yang dijadikan pak sanggup oleh keluarga kau." balas Yoongi acuh tak acuh.

Hannah diam.

"Si- siapa Hannah?"

"Eish! Kau tu Jeon Hannah! Isteri aku!" tengking Yoongi yang tak dapat menahan amarahnya itu. Kedua bahu Hannah terhinjut kerana terkejut.

Kreak!

"Dr.Min?" panggil seorang lelaki yang juga memakai pakaian doktor tersebut. Hannah melirik nametag yang tersemat di poket kot doktornya itu.

Kim Seokjin, desisnya.

"Suara kau, dari luar lagi boleh dengar."

"Aku macam bercakap dengan orang gila sekarang ni! Kau layanlah dia." ujar Yoongi seraya merengus kecil lalu melangkah keluar dari wad tersebut.

Seokjin yang sedang berdiri di hadapan pintu itu tertolak perlahan.

Hannah kembali mendiamkan diri, kedua lututnya dipeluk. Wajah disembamkan disitu.

Yang dia mahu tahu sekarang ialah dimana adiknya, Park Jihoon sedang berada.

Hidupkah dia, atau sudah mati?

Sungguh singkat waktu dia bersama orang yang tersayang, tak sangka semuanya akan berubah dalam sekelip mata saja.

Kalau Jihoon masih ada, dia akan berasa lega. Jihoon adalah keutamaan dia. Satu- satunya keluarga yang dia ada.

Namun jika Jihoon sudah mati, dia takkan maafkan dirinya,

sampai bila- bila...

.

Okay, first chap pun sha tak tahu sha tulis apa, tapi nak bagi warning yang fanfic ni akan memeningkan anda.

HUEHUEHUE

[👿]
Hai, sila vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now