Bab 6🍁

1.9K 386 30
                                    

Our Faith

❝His cold side

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

His cold side.

____________________

"PUAN Hannah perlukan apa- apa?" soal pembantu rumah tersebut, dia hidangkan semangkuk bubur serta segelas air kepada Hannah.

Tak lupa juga ada beberapa paket ubat diletakkan ditepi cawan tersebut. Ubat tahan sakit, kot?

"Yoongi dah makan?" soal Hannah. Wanita itu menggeleng petanda lelaki itu belum menjamah makanan malamnya dari tadi.

Hannah sekarang masih lagi berada didalam bilik tidur, Yoongi langsung tak benarkan dia keluar. Entah sebab apa.

Risau ler tu.

"Ahjumma, boleh saya tanya sesuatu? Itu pun kalau ahjumma tak kesah." ujar Hannah, sudu yang dia pegang dikacau- kacau ke bubur ayam tersebut.

Ahjumma Han cuma tersenyum seraya mengangguk saja.

"Selagi saya boleh jawab, saya jawab Puan Hannah." jawab wanita itu.

Hannah tersenyum, sempat dia melirik ke arah pintu bilik tersebut. Takut pula dia kalau tiba- tiba Yoongi masuk kedalam biliknya itu.

"Em.. hubungan Hannah dengan Yoongi memang tak baik eah?"

"Hum?" berkerut dahi wanita itu. Pelik dengan soalan majikannya.

Takkanlah hubungan rumah tangga sendiri pun dia dah tak ingat?

"Erk, maksud saya. Hubungan saya dengan Tuan Yoongi tu tak baik ke? Melalui pandangan ahjumma sendiri lah." kata Jieun, memperbetulkan ucapannya agar wanita itu tak berasa pelik dengannya.

"Ahh, kalau pasal benda tu. Saya tak boleh komen Puan. Yalah, itu soal rumah tangga Puan dengan Tuan." ujar ahjumma Han sambil tertunduk- tunduk takut.

Jieun menggeleng kecil, sedikit rimas dengan panggilan 'Puan' tersebut.

"Panggil Hannah jelah ahjumma, saya tak suka."

"Tapi Puan Hannah juga yang tak suruh saya panggil macam tu-"

"Chakaman, itu dulu ahjumma. Sekarang ahjumma boleh panggil saya Hannah. Lebih mesra dari Puan ni." kata Hannah, berkerut dahi ahjumma Han jadinya.

Yalah, dulu bukan kemain lagi dia minta dipanggil 'Puan' dikernakan dia memilik status yang lebih tinggi dari orang gaji seperti ahjumma Han itu.

Sekarang dah tukar pula?

"Tak boleh Puan, nanti Tuan Min marah-"

"Aip! Break the rules, saya Jeon Hannah yang baru." kata Hannah. Lagi- lagi dahi ahjumma Han berkerut.

Memang sah terhantuk teruk kepala Puan Hannah ni.

"Back to our main topic, saya nak ahjumma jawab pertanyaan saya dengan jujur. Please..." ucap Hannah, tapak tangannya digosok- gosok seperti sedang merayu.

Ahjumma Han berasa ragu- ragu dan takut namun pada masa yang sama. Dia tak mahu mengecewakan permintaan Puan mudanya itu.

"Err sebenarnya, Tuan Min tu agak kasar orangnya. Kalau Tuan dengan Puan berjumpa je, mesti akan bertikam lidah. Kalau sehari tak bertengkar memang tak sah.

Tuan Min tu baran orangnya, dia selalu naik tangan dekat Puan. Maaf Puan, saya hanya mampu melihat." Ahjumma Han jeda seketika.

"Puan... puan Hannah selalu menangis setiap malam. Saya rasa simpati, tapi bila saya nak ubati Puan, Tuan Min tak benarkan. Maafkan saya, Puan." ucap Ahjumma Han seraya menundukkan wajahnya.

Hannah diam, tak sangka yang wanita bernama Jeon Hannah ini mempunyai kehidupan yang kelam dari dirinya.

Benarlah kata orang, kaya itu kadang tak menjamin kebahagiaan.

Hannah melepaskan keluhan kecil, tak semena- mena kedengaran suara garau berdehem yang datangnya dari pintu bilik.

"Seronok mengata aku?"

"T- Tuan Min tolong maafkan saya."

"Saya yang minta ahjumma Han buat macam tu. Kenapa? Rasa berdosa ke?" pintas Hannah sebelum Yoongi memarahi wanita itu.

Lelaki itu memberikan pandangan dingin kepada Hannah sebelum meminta wanita itu keluar dari bilik Hannah.

Jantung Hannah berdegup kencang, takut baran lelaki itu keluar saat itu juga.

Namun dahinya berkerut pelik bila Yoongi melabuhkan punggung dibirai katil.

"Dah makan ubat ke?"

"Eo?"

"Dah makan ubat ke, Cik Hannah?" soal Yoongi, kali ini nada suara dilembutkan seakan memerli gadis itu.

"Oh em, belum lagi. Sedang dalam perjalanan. Hoho." seloroh Hannah buatkan Yoongi menjelingnya.

"Aku datang sini nak check keadaan kau. Papa kau ada call tadi. He asked me about you, i lied that you're okay."

"Kenapa awak benci sangat dengan saya hum?"

Yoongi terjeda seketika. Dia kemudian tersengih kecil.

"Tak ada lelaki yang mahu dijadikan pak sanggup atas perbuatan perempuan liar macam kau." ucapnya dengan pandangan dingin.

"Sebab tu ke awak seksa saya?"

"I personally hates you."

"Kalau awak benci sangat dekat saya, kenapa tak cerai je? Awak lelaki dayus! Saya boleh report awak atas kesalahan keganasan rumah tangga tahu!" balas Hannah.

"No one gonna believes you, Hannah. Kau hanya ada aku dalam dunia yang betul- betul nak hidup dengan kau walaupun terpaksa." balas Yoongi seraya mengangkat punggung berura- ura mahu keluar.

"Aren't that love?"

"Tch. Lelaki bodoh je yang jatuh cinta dekat perempuan macam kau." ujarnya buatkan Hannah terdiam seribu bahasa.

Argh!

.

Yabedabedu!

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now