Bab 1🍁

2.6K 458 35
                                    

Our Faith

❝Please be a better me❞

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Please be a better me

______________

"HANNAH..."

Sayup- sayup kedengaran nama seorang gadis yang dia tak kenali dibisik ditelinganya.

Bola matanya masih bergerak- gerak disebalik kelopak mata yang tertutup.

"Tak sangka dia masih boleh teruskan hidup sedangkan kecederaan yang dia alami sudah melebihi paras kritikal." kedengaran suara seorang lelaki berbicara di tepi telinganya.

Jiwanya memberontak untuk membuka mata dan menyoal lelaki tersebut. Namun yang dia boleh lakukan hanya diam, diam dan diam.

"Aku peliklah dengan kau ni, Yoongi. Benci bukan kepalang dekat dia, tapi kau sanggup bersengkang mata untuk selamatkan dia. Pelik aku."

"Aku buat bukan sebab cinta. Mak ayah dia tu penyumbang terbesar dalam hospital ni. Kalau anak dia mati, kiranya terputuslah hubungan aku dengan keluarga dia." terang si lelaki.

Nada suaranya kedengaran bengang.

"Lah? Macam tu pula? Hannah ni lawa orangnya, aku pelik kenapa kau masih tak pandang dia langsung. Cuma itulah, dia pemabuk." kata seorang lelaki lagi.

Jieun cuma mendiamkan diri. Tapak tangannya cuba digerakkan, namun dia sama sekali tak berdaya.

"Aku kesianlah dekat dia. Dahlah lawa, kaya, tapi mak ayah dia macam tak endahkan dia. Eii, kalau aku dah aku bawa diri bertahun- tahun. Habiskan duit berjuta berjoli dengan perempuan." balas lelaki itu lagi diselangi ketawa kecil.

"Kau memang, perempuan tak pernah tinggal dari kau."

Jieun mencuba untuk sekian kalinya, jari jemarinya cuba digerakkan dan akhirnya berhasil, tapi ia cuma dapat digerakkan tak dapat diangkat.

"Eh, jari Hannah bergeraklah!"

Dengan susah payah, kelopak mata Hannah akhirnya terbuka luas dan serentak semua tubuhnya terasa seakan bebas saat itu juga.

"Yo- yoongi?" Entah kenapa, nama lelaki yang dia tak kenali itu meniti di bibirnya.

"Hannah, you're awake." kata seorang lelaki dengan penuh teruja.

"Sa- saya dimana?" soal Jieun.

"Awak ada di hospital, awak accident, nasib suami awak, Dr. Yoongi cepat datang kalau tak..." kata lelaki itu. Jieun diam.

Badannya terasa sakit secara keseluruhan.

"Hannah-"

"Siapa Hannah? Si- siapa Yoongi?" soal Jieun buatkan kedua lelaki itu tercengang.

"Kau jangan buat- buat hilang ingatanlah, Hannah. Ini aku, Yoongi. Suami kau." tegur lelaki yang sedari tadi mendiamkan dirinya di kerusi itu mula berdiri.

Jieun menggeleng kecil.

"A- aniya. Awak salah orang ni, saya Jieun. Bu- bukan Hannah." terang Jieun.

Bingkas dia bangun dari pembaringan namun sakit dibahagian perutnya sangat perit buatkan Jieun meringis.

"Jangan duduk dulu, luka awak masih belum sembuh." ujar seorang doktor lelaki.

Jieun menggeleng kecil.

"Ma- mana adik saya, Jihoon? Dia selamat tak? Hei! Mana adik saya, Park Jihoon?!"

"Hannah! Kau sedar sikit yang kau tu anak tunggal! Kau tak ada adik, jangan buat- buat amnesia boleh tak? Aku penat." kata seorang doktor lelaki.

Jieun menggeleng kecil.

"Sa- saya bukan Hannah!"

"Hey, look. This is you." kata doktor lelaki tersebut sebelum menayangkan telefon pintarnya kepada Jieun.

Kamera depan dibuka, menayangkan wajah Hannah disitu.

"I- ini saya?" soal Jieun. Wajahnya dibelek.

"Ini bukan saya."

"That's you." kata lelaki itu lagi.

Jieun menggeleng perlahan, ma- macam mana boleh terjadi? Macam mana dia boleh ada di dalam tubuh wanita lain?

"Please be a better me..." ayat itu terngiang- ngiang di kepalanya.

"Hannah..." bisiknya.

"Saya Hannah, isteri awak?" soalnya pada doktor lelaki yang sedang membuat wajah ketat itu.

"Yes, you are."

Jieun terdiam.

"Ini tak mungkin terjadi."

.

Hshshhshs,
struggle nak buat first chap. Hambeklah dari saya yang ini.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt