Bab 5🍁

2K 389 22
                                    

Our Faith

❝I hate you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I hate you.

____________________


SEBAIK kakinya melangkah masuk kedalam rumah banglo tersebut, terus saja matanya memerhati dekorasi rumah yang agak moden kerana dipenuhi dengan perabot berjenama tinggi dan nampak berkualiti.

Dinding yang bercat kelabu dapat menenangkan sesiapa saja yang tinggal didalam rumah tersebut.

Hannah berhenti di hadapan sebuah gambar bersaiz besar yang digantung di sudut tepi berhampiran tangga tersebut.

Ada gambar seorang wanita yang dia kenali sebagai Hannah.

Iaitu dirinya sendiri.

Kemudian ada gambar- gambar didalam frame bersaiz kecil. Detik- detik perkahwinan Hannah dan Yoongi diabadikan didalam sebuah gambar.

Agar kenangan manis tersebut tidak luput diingatan mereka berdua.

Jieun merenung wajah Hannah yang berada didalam bingkai gambar tersebut. Kalau dilihat sekilas, Hannah memang cantik orangnya.

Dengan rambut hitam ikal yang panjang hingga ke pinggang, alis mata yang cantik tambahan lagi wajah gadis itu seakan ada mix sedikit. Mungkin Hannah ada darah campuran barat dan Korea?

Kalau benar, beruntung Hannah. Memiliki wajah yang cantik dan dilahirkan didalam keluarga yang kaya fikir Jieun dalam hati.

Tika itu dia lupa yang dia memegang watak Hannah, gadis kaya yang mempunyai kehidupan lebih baik dari dirinya.

Bila dia terpandang biasnya di pantulan kaca bingkai gambar tersebut, Jieun terus melepaskan keluhan berat.

Dia terasa serba salah.

Layakkah dia untuk berada ditempat Jeon Hannah sedangkan dirinya bukanlah sesiapa kepada gadis itu? Desis Jieun dalam hati.

Sedikit serba salah dengan perkara tersebut.

Jika dia boleh masuk kedalam tubuh Jeon Hannah, macam mana dengan Hannah?

Adakah gadis itu akan baik-baik saja didalam tubuhnya yang dia sendiri tak tahu dimana keberadaannya?

Untuk kesekian kali, Jieun mengeluh.

Fikirannya kembali bercelaru.

"Puan Hannah perlukan apa-apa?" tegur seorang pembantu rumah yang berhasil menyedarkan Hannah ke dunia realiti.

Dahinya berkerut kecil, sebelum gelengan dia berikan sebagai jawapan wanita yang hampir sebaya dengan ibunya itu.

Wanita itu mengangguk faham sebelum melangkah pergi.

Hannah mendongak ke atas, disitu ada Yoongi yang sedang memerhatikan dirinya.

"Apa?"

"Aku perlu pastikan yang kau tak gila dengan melarikan diri dari rumah ni." ucap Yoongi dengan sinisnya.

Hannah mengerutkan dahinya, sedikit tak faham dengan ucapan lelaki itu.

"Kenapa? Kalau saya lari, awak nak pukul saya lagi?" soal Hannah. Berpura- pura mahu menguji kesabaran lelaki itu.

Yoongi merengus geram. Dia gulingkan anak matanya. Baru saja dia mahu melangkah masuk kedalam biliknya semula, Hannah memintanya berhenti.

"Tunggu! Saya nak tanya awak satu soalan!" ujar Hannah, dia berlari menaiki anak tangga, namun beberapa saat kemudian, sakit dibahagian perut terasa menyengat.

Lupa yang luka jahitannya masih belum sembuh. Hannah duduk memegang perutnya. Terasa ngilu.

Melihatkan itu buatkan Yoongi secara tak sedar terus belari mendapat Hannah. Lengan gadis itu disentuh, wajah risaunya bertayang.

"Kau okay tak?" soal Yoongi.

"Erg.. sakit sikit je."

"Dahlah, mari aku angkat." ucap Yoongi, lengan Hannah ditarik namun dengan pantas Hannah menepisnya.

"Sa-saya boleh jalanlah!"

"Okay, jalanlah."

Yoongi berpeluk tubuh, Hannah yang masih lagi berusah untuk berdiri namun terduduk kembali itu buatkan Yoongi menggulingkan anak mata.

Tanpa amaran tubuh Hannah dicempungnya. Membulat mata Hannah jadinya, dia jadi malu.

Hish! Menyesal dia berlari tadi.

"Berdiri pun tak betul, ada hati nak melawan cakap aku." perli Yoongi sambil dia melangkah perlahan- lahan naik ke tingkat atas lalu masuk kedalam bilik Hannah.

"Awak pun tolong macam tak ikhlas je!"

"Diam!"

Yoongi meletakkan tubuh Hannah diatas katil dengan penuh berhati- hati. Takut gadis itu terasa sakit lagi.

"Panggil ahjumma Han kalau kau perlukan apa- apa. Siap kau, kalau aku tengok kau jalan- jalan sekitar rumah ni tanpa pengawasan orang." dengan penuh dingin, Yoongi menuturkan ayat tersebut.

Hannah sedikit pelik bila Yoongi melangkah keluar dari bilik tersebut, terus lengan baju lelaki ditariknya.

"Nak pergi mana?"

"Bilik akulah, kemana lagi?"

"Bukan ini bilik kita ke?" soal Hannah, Yoongi ketawa kecil.

"Kepala kau terhantuk ke sampai lupa yang aku ni cuma lelaki yang dijadikan pak sanggup kau?" katanya.

Hannah diam.

Manalah aku tahu, aku bukan Hannah! Desis Jieun dalam hati.

"By the way, kau nak tanya apa tadi?"

"Tak ada apa- apa, awak pergilah keluar." balas Hannah malas seraya berpeluk tubuh.

Yoongi diam, dia jongketkan keningnya sebelum pintu bilik ditutupnya rapat.

"Huh... scary."

.

Lost idea tho tulis story ni😂 takpe saya akan berusaha menulisnya.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now