Bab 12🍁

1.8K 385 11
                                    

Our Faith

❝That's not your wife!❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

That's not your wife!

____________________

"EH! Kau tengok makcik tu dari tadi tengok kat sini je. Seram aku rasa." kata salah seorang sekuriti guard tersebut lalu mencuit lengan rakannya. Seungwoo namanya.

"Iyalah, ada yang kenal ke? Mak kau kot? Atau mak si Ona?" kata Kyujin berpendapat mungkin itu adalah ibu kepada Ona, pembantu rumah mereka itu.

"Bukan mak Ona dah tak ada ke?"

"Eh iya jugakan." balas Kyujin seraya menggosok dagunya lagak seperti orang yang sedang berfikir.

Mata kuyu mereka menjadi besar bila wanita itu mula menggoncang pagar besi yang menutup laluan keluar dan masuk rumah banglo terus.

Bingkas mereka bangun lalu menghampiri pintu pagar.

"Makcik boleh kami bantu? Nak jumpa siapa, ya?" soal Seungwoo.

Mata wanita tua itu mula membesar dan memandang mereka tajam mambuatkan kedua mereka menjadi kecut perut.

"Bagi aku masuk! Ada gadis yang perlukan pertolongan aku disini!" kata wanita tua itu sebelum menggoncang pagar besi tersebut.

Matanya tajam saja merenung rumah banglo tersebut. Dia dapat rasakan bahwa ada roh suci yang minta dilepaskan.

"Bagi aku masuk!"

"Maaf makcik, tapi rasanya kat sini tak ada sesiapa yang perlukan pertolongan. Semua orang kat sini baik- baik saja. Makcik tak perlu risau-"

"Tak! Aku dapat rasakan yang seseorang kat sini yang perlukan pertolongan aku.

Bagi aku masuk! Aku nak tengok! Aura dia makin kuat!" sekali lagi pagar besi tersebut kembali digoncangnya.

Tepat ketika itu, Hannah melangkah keluar dari rumah sambil membawa watering pot untuk menyiram bunga yang ada ditepi rumah tersebut.

"Orang dah masakkan tak nak makan pulak! Menyampah!" protes Hannah, geram dengan tingkah Yoongi yang sedikitpun tak mahu menjamah apa yang dimasaknya.

Dia lebih rela makan roti sapu jem berbanding makan apa yang Hannah sediakan.

"Argh! Geramnya!"

"Ha itu pun dia! Bagi aku masuk! Cepat!" makin agressif wanita itu berkata dan sedaya upaya untuk menarik perhatian Hannah.

"Ada apa tu?" soal Hannah, watering pot diletakkan diatas lantai sebelum menghampiri pintu pagar.

Mencerlung mata wanita tua itu bila melihat Hannah menghampirinya.

"Hei, kau! Itu bukan tubuh kau! Keluar sekarang!" pekik wanita itu.

"Apa semua ni?" soal Hannah pada kedua lelaki tersebut.

"Jangan risau Puan, saya akan selesaikannya. Puan masuklah." kata Kyujin lalu menundukkan badannya.

Hannah cuma mendiamkan diri, wanita tua itu mula bertindak ganas bila Kyujin membuka pintu pagar, terus saja dia meluru mendapatkan Hannah sebelum leher gadis itu dicekiknya.

"Puan!"

"Tarik dia!"

Tubuh wanita tua itu ditarik dari terus- menerus mencekik leher Hannah. Sempat kuku tajam wanita tua itu singgah di leher hingga menggoresnya.

"Apa bising- bising ni?" tegur satu suara.

"Dengar sini! Itu bukan isteri kau! Dia cuma menyamar jadi orang lain!" pekik wanita itu, kedua tangannya ditahan oleh kedua lelaki itu agar dia tak mencederakan Hannah lagi.

"Tuan, wanita ni cuma untuk cederakan Puan Hannah atas sebab yang kami sendiri tak tahu." jawab Seungwoo.

"Dia bukan isteri kau!"

"Kau okay tak?" soal Yoongi, lengan Hannah ditarik agar gadis itu rapat dengannya. Hannah cuma mengangguk kecil.

"Bawa dia keluar, jangan datang sini lagi. Kalau kau datang sini nak cederakan isteri aku lagi, aku takkan segan- segan report polis. Pergi!" tengking Yoongi.

Wanita itu dibawa keluar jauh dari kawasan rumah banglo tersebut.

Hannah cuma memerhati, dalam diam menjadi serba salah. Tindakan wanita memberi tamparan realiti kepada dirinya yang...

Dia bukan Hannah.

Dia bukan isteri lelaki itu.

Dia bukan siapa- siapa bagi mereka.

Dia hanya roh yang tersesat didalam tubuh wanita bernama Hannah itu.

You should know your place, Park Jieun, bisiknya didalam hati.

"Hannah, kau okay tak? Leher kau luka, mari aku ubatkan-"

"Tak perlu, sa- saya boleh ubatkannya sendiri." ujar Hannah seraya melangkah masuk kedalam.

Yoongi mendiamkan diri, dia tak ada hati hendak memujuk jika gadis itu merajuk dengannya.

"Huh.."

.

Yoongi mah gitu orangnya.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now