Bab 3🍁

2K 405 30
                                    

Our Faith

Our Faith

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


You're just like a dead leaf. Pretty outside, but dead inside.

_______________

"CIK Hannah nak ke mana?" soal seorang nurse bila dia nampak kelibat Hannah melangkah keluar dari wad pesakit.

Terus saja gadis itu dihampiri oleh beberapa orang jururawat perempuan.

"Err sa- saya nak keluar kejap. Jangan risau, saya dekat- dekat sini saja." terang Hannah sebelum seorang jururawat wanita itu memberi isyarat kepada seorang lagi nurse sebelum dia pergi meninggalkan kawasan tersebut.

"Cik Hannah duduk di wheelchair, ya?" katanya, sebuah kerusi roda ditolak sebelum tubuh Hannah ditolak untuk duduk disitu.

Mahu tak mahu gadis itu hanya akur saja. Niatnya mahu melarikan diri mati saat itu juga.

Kerusi roda yang diduduki Hannah mula ditolak perlahan oleh jururawat wanita tersebut.

Hannah hanya menundukkan wajah bila seorang wanita tua yang sepertinya sedang dirawat disitu sedang asyik merenung dirinya dari hujung koridor.

Bila Hannah sudah berada diluar, wanita tua itu dengan kudratnya mengikutinya.

"Cik Hannah ni isteri Dr.Yoongi eah?" soal jururawat wanita itu, serentak kerusi roda yang didudukinya berhenti disebuah taman didalam hospital tersebut.

"Em.. ya." jawab Hannah yang sebenarnya Jieun itu.

Jururawat itu kemudiannya melangkah duduk di atas kerusi yang disediakan ditaman tersebut.

Tubuhnya dipeluk, pandangannya sinis, lagak seperti Hannah ini sudah bermusuhan lama dengannya.

"Macam mana rasanya tak disayangi oleh suami, Cik Hannah?" soalnya dengan sengihan sinis.

Hannah masih memilih untuk diam kerana beradu mulut dengan wanita itu tak akan mendatangkan sebarang faedah pada dirinya.

Ya, bukan?

Lagipun, yang dicemuh itu ialah Hannah, bukan dirinya.

"Saya dengar keluarga Cik Hannah jadikan Dr. Yoongi sebagai pak sanggup. Sebab apa ya? Oh, Cik Hannah terlanjur ke?" provok wanita itu.

Sengaja mahu memancing kemarahan Hannah.

"Saya tak tahu menahu pasal perkara tu-"

"Kau dah ambil Dr. Yoongi dari aku! Disebabkan perangai liar kau tu, Dr.Yoongi yang kena tempiasnya!" tengking jururawat tersebut.

Bahu Hannah sedikit terhinjut kerana terkejut, namun dia masih boleh menahan amarah dan riak wajahnya.

Matanya melirik memandang ke tanda nama yang melekat di bahagian dada kanan wanita itu.

Jang Minju, desis hatinya.

Hem, ni mesti marka lama Yoongi, slash suami kepada Hannah, tubuh yang dia sedang gunakan ini.

"Maaf pasal benda tu." jawab Hannah buatkan Minju semakin berapi- api kerana sikap acuh tak acuh Hannah itu.

Geram bukan kepalang dia kepada Jeon Hannah, isteri kepada bekas kekasihnya, Dr. Min Yoongi itu.

Baru saja tapak tangannya naik mahu menampar pipi Hannah, satu suara membantutkan segalanya.

"Minju, please stop." ujar seorang lelaki, tak lain tak bukan, Yoongilah orangnya.

"Yo- yoongi. Ahh maaf, Cik Hannah tak apa- apa? Panas ya? Biar saya kipaskan."

Dengan lakonan yang seperti bakal mendapat anugerah pertama itu, Minju mula mengipa- ngipas wajah Hannah.

"Awak boleh pergi, Hannah ni biar saya yang uruskan." lembut saja nada suara Yoongi menguturkan ayat tersebut.

Minju tersengih kecil sebelum dia meminta diri dengan penuh sopan kepada Hannah lalu melangkah pergi dari situ.

"Kau buat apa kat sini?"

"Ambil angin." jawab Hannah sepatah.

"Haih." Yoongi mengeluh perlahan, punggung dilabuhkan ke tempat Minju duduk tadi. Rambut hitamnya diserabutkan.

"Boleh tak kalau sehari kau jangan susahkan aku-"

"Saya tak panggil awak pun. Awak sendiri yang datang." balas Hannah buatkan Yoongi merengus geram.

Mereka diam.

Tak semena- mena angin bertiup dengan agak kencang hingga menggugurkan dedaun kering yang berada diatas mereka itu.

Beberapa daun jatuh diatas tapak tangan Hannah sebelum wanita tua yang dia lihat di koridor tadi kini berada ditepinya.

Dia memberikan Hannah sekeping daun kering.

"A- apa ni?"

"Kamu seperti daun kering, cantik diluar namun didalamnya, kamu sudah mati.

Nak, fikir baik- baik ketika kamu mahu berbuat sesuatu, sebelum kamu terlambat dan takkan dapat kembali lagi." ujar wanita tua itu buatkan dahi Hannah berkerut pelik.

Yoongi ikut sama berkerut pelik.

"Eii, pesakit Seokjin ni." terus Yoongi mengangkat punggung lalu menuntun wanita itu masuk kedalam semula.

"Kau duduk diam- diam sana." kata Yoongi.

Hannah diam, daun kering yang diberikan padanya tadi ditelitinya.

"I'm dead?"

.

Hihihi,
maaf update memalam cenggini.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now