Bab 15🍁

1.8K 394 19
                                    

Our Faith

❝New life

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

New life.

____________________


SELESAI mendandan dirinya, Hannah melangkah keluar dari bilik, sempat beg tangan jenama Prada itu diambilnya lalu disangkut pada bahu.

Sementara dia dah diberi peluang jadi orang kaya ni, apa kata dia manfaatkannya seketika?

Walaupun dia tak tahu bila dia akan kembali kedalam tubuhnya semula, tapi yang pasti dia mesti cari tahu bagaimana cara mahu kembali ke tubuhnya.

Hari ini dia bercadang nak melawat ke kedai bunga miliknya sebagai Hannah. Harap- harap si kekasih hati berada disana.

"Puan nak keluar ke? Nanti saya maklumkan pada driver Encik Jun supaya hantar Puan ya?" kata Ahjumma Han sebelum melangkah keluar untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pemandu tetap keluarga Jeon itu.

Sempat Hannah mencuit sedikit kek coklat yang baru dibuatnya itu sebelum cepat- cepat melangkah keluar dari situ.

"Puan nak kemana?"

"Saya nak ke Gangnam Street, ada kedai bunga ditepi tu, saya nak awak hantar saya di bahu jalan aje. Boleh kan?" soal Hannah, seraya melangkah masuk kedalam perut kereta.

"Boleh Puan. Em... Puan ada maklumkan Tuan Yoongi ke? Saya risau dia cari Puan-"

"Tengok saya pun dia tak ingin, inikan pula dia cari saya? Eii jangan beranganlah.

Tak apa, kalau dia call awak tanya dimana saya, biar saya yang cakap sendiri dengan dia." balas Hannah, lelaki itu cuma mengangguk faham sebelum menghidupkan enjin kereta.

Tak sampai 30 minit perjalanan, kereta Honda Civic A1354 itu berhenti dibahu jalan seperti yang diminta oleh Puan Hannah.

Hannah melangkah keluar dari perut kereta, kedai bunga yang terletak diseberang sana buatkan senyumannya makin lebar.

Hannah melintas jalan dengan selamat, hatinya berbunga- bunga teruja mahu melihat kekasih hati dan dalam masa yang sama dia takut.

Takut kerana kekasih hati tak disitu atau mungkin sudah berpunya.

Dia berhenti beberapa tapak dari kedai bunga tersebut, bunga orkid yang berada diluar kedai itu dipandangnya.

Bukan apa, hidungnya mula bertindak luar biasa.

Hannah melangkah setapak dan-

"Hatcuh!"

Bersin, hidungnya yang gatal digosok, eii dah kenapa pula dengan hidung aku ni?

"Hatcuh!"

Makin dekat dengan jambangan bunga tersebut, makin menjadi-jadi bersin dan selesema yang Hannah hadapi.

"Apahal dengan hidung aku ni!"

"Cik? Ada apa yang boleh saya bantu?" soal seseorang dengan nada suara yang begitu familiar ditelinga Hannah, laju saja dia mendongak sebelum pandangan mata mereka bertemu.

"Tae- Taehyung..."

____________________

"Selamat tengah hari Dr. Min." sapa seorang pesakit sebelum membetulkan posisi duduknya.

Rambutnya yang agak berserabut itu dia betulkan, sengaja mana tahu dapat memikat hati doktor lelaki itu.

"Macam mana keadaan sekarang? Dah baik?" soal Yoongi seraya memasukkan kedua belah tapak tangannya kedalam kot doktor tersebut.

"Eum... saya masih rasa sakitlah, dok. Dekat bahagian sini." kata gadis itu seraya meletakkan tapak tangannya diatas dada kirinya.

Yoongi menjongketkan keningnya satu.

"Eo? Sakit sangat ke?"

"Ya, sakit sangat. Doktor nak cuba sentuh?" soalnya, lengan Yoongi ditarik namun lelaki itu dengan penuh sopan menolak dengan satu gelengan saja.

"Nanti saya minta Doktor Lee tengok-tengokkan awak. Kalau awak masih rasa sakit, esok kits buat x-ray." kata Yoongi.

Terus bibir gadis itu muncung, mengenangkan taktiknya tak berjaya.

"Saya keluar dulu, kalau ada apa- apa, panggil nurse je." kata Yoongi, cepat- cepat dia beredar dari situ tanpa sempat gadis itu mengucapkan sepatah kata.

Huh, selamat.

Drt drt!

Handphone-nya yang bergetar di poket buatkan lelaki itu dengan cepat mengeluarkan telefonnya lalu membuka mesej dari pemandu peribadi Hannah itu.

DriverJun.

+Tuan, maaf menganggu
+Puan Hannah minta saya hantar dia keluar tadi, saya tahu dia tak minta kebenaran dari Tuan jadi saya maklumkan siap sedia.

Yoongi mengetap bibir, fikirknya Hannah selepas sihat dari luka kemalangan, gadis itu akan lebih sopan, namun sangkaannya meleset pula.

Kalau tak keluar ke kelab malam, Hannah mesti keluar berjoli dengan kawan dia.

Huh, dah masak dah dengan perangai dia.

Keluar kemana?
Dengan Seohyun?
Kelab malam?

+Tak Tuan, Puan Hannah minta saya hantarkan dia ke Kedai Bunga di jalan Gangnam.

Serta merta dahi Yoongi berkerut.

"Kedai bunga?"

"Tapi Hannah alergic dengan bunga..."

.

Hohoho, siap sedia dengan perang emosi.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now