Bab 16🍁

1.8K 392 17
                                    

Our Faith

❝Stress out

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Stress out.

____________________

"HATCUH!"

Untuk kesekian kali Hannah bersin, hidungnya merah. Entahlah, setiap kali dia cuba untuk menghidu bunga- bungaan, hidungnya rasa gatal.

"Puan Hannah perlukan apa- apa? Saya boleh belikan puan ubat selesema kalau Puan nak." ujar pembantu rumah tersebut seraya memerhati gelagat Hannah yang sedang menggosok hidungnya itu.

Cantik- cantik pun tak ada guna, pengotor.

"Tak apalah, awak macam tak ikhlas je nak tolong saya." balas Hannah seraya matanya tajam merenung wajah pembantu rumah tersebut.

"Ahh maafkan saya, Puan." katanya seraya menundukkan badan, Hannah tak merespon lagi, hidung yang masih gatal dilap menggunakan sapu tangan.

"Awak pergilah dapur, tinggalkan saya kat sini." ucap Hannah, tubuh disandarkan pada sofa. Pembantu rumah tersebut beredar dari situ.

Fikiran Hannah melayang kepada pertemuannya dengan Taehyung tadi, bibirnya menguntum senyum. Lelaki itu masih segak seperti dulu.

"Cik, ada apa- apa yang boleh saya tolong?" soal lelaki itu seraya melangkah merapatkan diri ke Hannah.

Hannah masih lagi kaku, matanya ligat memerhati wajah kacak lelaki dihadapannya itu.

"Cik?"

"Hatcuh!"

Argh! Memalukan betul!

"Cik selesema ke? Tak boleh duduk dekat dengan bunga, mari duduk dekat cafe saya, saya sediakan Cik teh halia untuk redakan selesema Cik." ucapnya lembut.

Dia menuntun Hannah ke cafe yang terletak bersebelahan dengan kedai bunga tersebut.

"Duduklah dulu. Ha ni, sapu tangan untuk awak." katanya, sapu tangan milik lelaki itu dihulurkan pada Hannah, tanpa banyak bicara Hannah mengambilnya.

Punggung dilabuhkan ke kerusi, Hannah cuma memerhati saja gelagat lelaki itu, dari mula Taehyung memakai apron lalu mula menyediakan teh untuk dirinya.

Kring!

Loceng yang digantung dihadapan pintu cafe itu berbunyi bila pintu ditolak dari luar.

Seorang gadis melangkah masuk kedalam cafe tersebut.

"Taehyung oppa! Elly nak hot chocolate macam biasa, buat dengan penuh rasa cinta ya? Macam cinta Elly pada oppa!" ucap gadis itu.

Suaranya agak kuat hingga membuatkan pengunjung didalam cafe tersebut menoleh memandangnya.

"Okay!" jawab Taehyung dari dalam.

Gadis itu melabuhkan punggung diatas kerusi, bersebelahan dengan meja yang Hannah sedang duduki.

Hannah cuma melirik dari ekor mata, hidungnya makin gatal melihat kegedikan gadis itu. Sengaja gadis itu duduk menyilangkan kaki agar pahanya kelihatan.

"Cik, ini teh halia untuk Cik."

"Oppa! Cepatlah, Elly haus ni!"

Hannah menjeling, teh halia yang baru dihidangkan tadi diteguknya geram, panas hatinya meligat gelagat gadis itu.

Namun dia memilih untuk mendiamkan diri saja, seharian dia duduk disitu cuba menarik perhatian Taehyung, gadis itu selalu saja menjadi batu penghalang!

Argh! Pesaing aku ke apa ni?!

"Ehem!"

Deheman seseorang buatkan Hannah yang sedang mengelamun tersentak. Wajah dingin Yoongi memenuhi ruang penglihatannya.

"Eh? Bila balik? Saya tak perasan pun."

"Baru je, macam mana nak perasan kalau asyik mengelamun." perli Yoongi, lelaki itu menyeluk poket seluarnya lalu menghulurkan satu papan pil ubat kepada Hannah.

"Apa ni?" soal Hannah dengan dahi yang berkerut, pil ubat yang dihulur Yoongi diambilnya.

"Ubat selesema. Dah tahu elergic dengan bunga, apahal kau pergi kedai bunga lagi?" soal Yoongi.

"Manalah saya tahu!"

"Diri sendiri pun tak tahu lagi. Rambang mata nampak lelaki dekat sana kan?"

"Eh? Awak tahu dari mana?" soal Hannah. Yoongi menggulingkan anak mata.

"Driver kau."

Hannah diam, dia memilih untuk tak membalas ucapan Yoongi kerana dia sedar dengan kesilapannya.

"Maaf sebab keluar tak bagitau awak."

"Kau minta maaf pun kau buat lagi, macamlah aku tak tahu perangai kau tu." balas Yoongi dengan sengihan.

Hannah mengangkat punggung, mahu melangkah naik ke tingkat atas, namun langkahnya terbantut bila Yoongi menarik lengannya.

"Duduk dulu dekat sini, dalam bilik nanti selesema kau makin teruk. Nanti aku minta ahjumma Ahn buatkan teh." ujar Yoongi, lembut saja nada suaranya.

"Saya baru nak merajuk dengan awak." ucap Hannah, dia tersenyum kecil.

Punggung kembali dihenyakkan diatas sofa, lelaki itu turut melabuhkan punggung.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau ni."

"Apa dia?" soal Hannah.

"Aku nak kau buat IVF, secepat yang mungkin."

Hannah terdiam.

.

[🐬]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[🐳]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن