Bab 4🍁

2K 414 39
                                    

Our Faith

❝His true colour❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

His true colour

_______________

"KAU dah boleh balik hari ini." ujar Yoongi sebaik pintu bilik wad pesakit yang menempatkan Hannah itu ditolaknya.

Kelihatan gadis itu masih lagi meneliti daun kering yang diberikan oleh wanita tua merangkap pesakit kepada Dr.Seokjin itu.

"Apa tengok- tengok?"

"Saya, nak ke bilik mayat." permintaan Hannah itu buatkan mata Yoongi membulatkan besar.

Namun riak wajahnya kembali dikawal agar tak kelihatan yang dia sedang terkejut.

"Kenapa pulak kau nak ke bilik mayat ni? Kau belum mati pun. Jangan percayalah pasal benda-benda karut yang perempuan tua tu cakap. Dia ada masalah mental sikit." terang Yoongi.

Hannah diam, begitu juga Yoongi.

Lelaki itu mengeluh perlahan.

"Mak kau datang melawat kau nanti, aku harap kau tak beritahu apa- apa berkaitan aku. Aku cuma terlepas tangan. Sorry." ucap Yoongi acuh tak acuh seraya menggosok lengannya, agak kekok.

Hannah cuma diam, bekas lebam yang ada di bibirnya serta lengannya itu dia tunjukkan kepada Yoongi.

"Jadi awaklah yang buat semua ni?" soal Hannah dengan nada suara lirih. Sayu dia melihat tubuh Hannah yang penuh dengan lebam itu.

Anggukan dari lelaki itu buatkan riak wajah Hannah sedikit berubah. Tapak tangannya dikepal geram.

"Dasar lelaki dayus!" ucapnya.

"Kau patut sedar diri, lelaki dayus nilah yang buatkan bapa kau melutut merayu nak aku kahwin dengan kau." balas Yoongi dengan wajah beku tanpa perasaan.

Hannah mengetap bibir.

Jika dia berada di tempat Hannah, sudah lama dia mengangkat kaki meninggalkan lelaki itu.

Wanita tak sepatutnya memberi muka kepada lelaki dayus seperti dia.

Itu membuatkan mereka rasa diri mereka betul dan menganggap wanita ini lemah.

Wanita yang kuat adalah wanita yang sayangkan dirinya, bukan wanita yang mahu diperlakukan seperti hamba abdi oleh manusia bernama lelaki.

"Cakap dekat saya kenapa saya masih boleh bertahan nak hidup dengan lelaki dayus macam awak ni?" soal Hannah, sedikit geram.

Yoongi tersengih kecil, kedua tapak tangan dimasukkan kedalam poket jaket doktornya.

"Sebab kau hanya ada aku..." balas Yoongi.

Hannah terdiam, sedikit tak faham dengan ucapan lelaki itu.

Segala yang dibuat Yoongi membuatkan jiwa Hannah yang diisi oleh Jieun itu meronta- ronta ingin tahu lebih lagi pasal hubungan mereka yang sebenarnya.

"Awak-"

Kreak!

"Jeon Hannah!"

Namanya dipanggil oleh seorang wanita yang agak asing dimatanya. Namun dalam sekelip mata, tubuhnya sudah berada didalam pelukan wanita itu.

"Ya tuhan, Hannah anak mama. Macam mana boleh kemalangan? Mama risau sangat dekat kamu, tapi syukurlah kamu tak apa-apa!" ujar wanita itu.

Tubuh Hannah dipeluk erat. Dia berpandangan dengan Yoongi, meminta penjelasan dari lelaki itu namun yang diterimanya hanyalah pandangan menyampah saja.

"Hannah okay? Cedera masa kemalangan tu masih sakit ke?" soal papa yang baru melangkah masuk kedalam wad tersebut.

"Masih pa, tapi Hannah kuat. Dia dapat tahan. Walaupun pada mulanya Hannah tak dapat diselamatkan.

Namun atas kesungguhan saya yang bertungkus lumus menyelamatkan dia, Hannah sembuh." ujar Yoongi buatkan papa tersenyum lebar.

"Bagus, sebab tulah saya ambil kamu sebagai menantu saya. No one can protect my daughter better than you." ucapan papa buatkan Hannah mengetap bibir.

Kini Hannah tahu sifat sebenar lelaki bernama Min Yoongi.

Walaupun dia dingin, namun dihadapan mentuanya, dia seperti lelaki bertopengkan syaitan.

It's may sound harsh, but that's the reality.

Yoongi berbalas pandangan dengan Hannah, dia berikan senyuman kecil.

Senyuman perlian.

.

Yoongi hanat dalam fanfic ni, prepare yourself.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now