Bab 8🍁

1.8K 391 31
                                    

Our Faith

❝I'm curious❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I'm curious

____________________

YOONGI melangkah masuk kedalam hospital dengan langkah yang sedikit tergesa- gesa.

Dia memakai kot doktornya sambil sesekali dia membelek jam di pergelangan tangannya.

Disebabkan kedegilan Hannah, dia lambat 15 minit!

Semuanya gara- gara Hannah! Ucapnya menyalahkan si isteri didalam hati.

Dia melangkah masuk kedalam dewan perbincangan dengan harapan yang Doktor Liam tak melihat kelibatnya saat memasuki dewan tersebut.

Doktor Liam, doktor pindahan dari China ke Korea itu agak tegas orangnya. Memarahi dan menengking doktor yang lainnya memang makanannya.

Sebab itu setiap doktor perlu berhati- hati ketika melakukan apa saja kerana Doktor Liam itu sentiasa memerhati.

Entahlah kenapa, nasib Yoongi terlalu baik di pagi itu, kelibat Doktor Liam masih belum kelihatan diatas pentas berucap.

Mungkin lelaki itu terlupa nak bangun pagi?

Who knows, right?

"Awal kau sampai hari ni, Dr.Min." perli Doktor Seokjin bila Yoongi melabuhkan punggung disampingnya. Yoongi cuma menjeling.

"Asal kau lambat weh?" soal Minhyuk.

"Jaga bini dialah, kan Hannah baru keluar wad semalam? Siapa yang nak tolong tukarkan pembalut luka dan mandikan sekali kalau bukan Yoongi.

Eh? Kau mandikan Hannah ke Yoongi?" soal Doktor Seokjin sambil tersengih.

Sengaja dia main serkap jarang menyoal Yoongi itu dan ini. Tapi tak mustahil jugakan soalan dia tadi?

Takkanlah Hannah nak buat semua tu seorang diri kalau bukan dengan pertolongan Yoongi? Suami yang memerangkap doktor yang merawatnya di hospital dulu.

Dr.Min Yoongi, lelaki beku itu.

"Em, aku tolong dia tadi."

"Eh betul ke? Aku fikir salah. Tak sangka otak Seokjin ni masih bergeliga lagi." ujar Seokjin memuji dirinya sendiri sambil menggosok dagunya.

"Weh untunglah Dr.Min! Ada bini lawa! Baik apa kalau mandi dengan isteri ni, dapat banyak rahmat." sampuk Hoshi dari belakang, mata sepetnya direnung Seokjin sebelum dia menggelengkan kepalanya.

"Dah, kau tidurlah balik." ucap Seokjin seraya menolak kepala Hoshi agar berbaring diatas meja semula. Hoshi hanya menurut saja.

"Amacam?"

"Amacam apanya?" soal Yoongi dengan dahi yang berkerut.

"Lah, maksud aku... her body- akh! Sakitlah! Yang kau pukul kepala aku dah kenapa?" soal Seokjin seraya mengusap kepalanya yang dipukul Yoongi tadi.

"Tak ada kena mengena dengan kau pun."

"Eleh, kedekut! Kau tu, kahwin dengan dia bukannya buat apa pun! Malam pertama korang pun, kau tengok dinding, dia tengok siling. Gitu aje sampai ke pagi! Akh!"

Sekali lagi Seokjin memegang bahagian kepalanya yang dipukul Yoongi tadi.

Sakitlah odo!

"Kau kesah apa?" balas Yoongi dingin.

"Eii mestilah aku kesah. Kalau Hannah mengandung, aku lelaki paling gembira sebab dapat merasa jadi pakcik tau!" ujar Seokjin pula.

Yoongi terdiam, bila teringat hal itu, dia kembali teringat pasal tekadnya yang mahu Hannah melakukan IVF bila Hannah sudah sembuh nanti.

"Kau masih nak paksa dia buat IVF ke? Bukan apa, aku kesianlah dekat dia tu. Kau sepatutnya bersyukur tahu kena pilih jadi menantu keluarga kaya Jeon tu.

Dapat anak dia yang lawa, kau tinggal ngap bagi dia mengandung. Selesai. Susah sangat ke Dr.Min oi?" soal Seokjin.

"Aku dah cuba tapi aku tak boleh. Aku rasa.. jijik. Aku tak tahu kenapa."

"Kau betul- betul yakin ke yang dia dah disentuh oleh lelaki lain?" Seokjin menjongketkan keningnya. Yoongi diam.

"Aku ada bukti-"

"Sahih ke? Jelas? Nyata?"

"Em... kawan dia sendiri yang datang jumpa aku." ujar Yoongi perlahan sebelum melepaskan keluhan berat.

"Tapi dia tak ada tanda- tanda nak mengandung, kan?"

"Maybe, lelaki tu tak lepas dalam?" sampuk seseorang buatkan perlahan- lahan Seokjin dan Yoongi menoleh.

"Oit! Jangan menyampuk cakap orang muda!" kata Seokjin buatkan Hoshi tersengih kemudian dia kembali melentokkan kepalanya diatas meja.

"Huh... entahlah."

"Kau tak patut seksa dia macam tu Yoongi. Dia wanita, apa perasaan wanita bila dapat tahu yang suami dia sendiri jijik nak sentuh dia?" soal Seokjin seraya menepuk- nepuk bahu Yoongi.

Sejak lelaki itu berkahwin dengan Hannah setahun yang lalu, perangai Yoongi mula berubah.

Dia menjadi doktor paling dingin didalam hospital tersebut. Hubungannya dengan Minju, kekasihnya yang juga merupakan jururawat didalam hospital itu menjadi renggang.

Seokjin tahu yang Yoongi tak bahagia.

Tapi itu tak akan berlaku jika Yoongi tak terus menerus meletakkan kebenciannya pada Hannah.

Dia tahu Hannah bukan seperti gadis yang Yoongi ceritakan.

Hannah gadis yang baik.

Seokjin yakin akan itu.

Tapi Yoongi...

Yoongi tahu ke?

.

Doktor doktor ganteng udah pada ngumpul semuanya.

Ergh my inner indonesian wanna scream!

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now