Bab 11🍁

1.8K 386 18
                                    

Our Faith

Our Faith

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rude!

____________________

HANNAH membelek penampilan dirinya di pantulan cermin full body yang ada didalam bilik tersebut.

2 minggu duduk diam dirumah buatkan jiwanya makin teruja hendak meneroka ruang dapur hari ini.

Luka bahagian perutnya sudah beransur pulih. Sikap Yoongi masih lagi dingin dan acuh tak acuh.

Setiap hari, apa yang dibuatnya ada je yang tak kena dimata lelaki itu.

Haih, kalau dia jadi Hannah, sudah lama dia larikan diri agar dia tak dikahwinkan dengan lelaki itu. Perwatakan yang kasar, dingin dan kejam!

Care? Care tu adalah, tapi nampak macam terpaksa je. Lainlah rasa dia kalau orang terpaksa buat baik dekat kau. Rasa serba salah dan tak berguna.

Huh.

Hannah mengorak langkah keluar dari bilik tidur lalu melangkah ke dapur, waktu ketika itu menunjukkan pukul 6 suku.

Dulu bila dia masih hidup sebagai Jieun, rutin harian dia untuk menyiapkan sarapan seawal jam enam untuk dirinya dan adiknya, Park Jihoon.

Tapi sekarang semuanya sudah berubah, dia bukan lagi Park Jieun, dia kini menjadi seorang wanita yang sudah bersuami.

Aiyo, sampai bilalah dia nak jadi Hannah ni! Kaya tapi membosankan!

"Eh, Puan Hannah. Puan nak sarapan apa ye? Saya boleh masakkan." kata seorang pembantu rumah

Gelabah dia mengelap air liur basi yang melekat di bibirnya serta rambutnya yang sedikit kusut itu dia betulkan.

"Ahh tak apalah. Biar saya buat sendiri, kalau awak nak sambung tidur, pergilah. Saja bangun pagi nak buat sarapan untuk suami saya." ucap Hannah walaupun dia sedikit tak selesa dengan panggilan 'suami saya' kepada lelaki dingin itu.

Dia sesuai kena panggil mayat hidup je, yalah putih macam mayat. Dengan perangai yang tak serupa bikin!

"Ahh baiklah, Puan. Kalau Puan perlukan apa- apa, saya boleh sediakan-"

"Tak apa, saya boleh sendiri." balas Hannah seraya tersenyum. Rambut panjangnya diikat bun, menyerlahkan lagi kecantikannya dipagi itu.

Dah buang tebiat ke majikan aku ni?

Sebelum ni tak pernah lagi dia bangun awal macam ni semata- mata nak siapkan sarapan.

"Apa awak cakap?"

"Huh? Tak ada apa- apa Puan." balas pembantu rumah tersebut buatkan dahi Hannah berkerut.

Hannah mengemam bibirnya, seraya melangkah menghampiri kabinet untuk mencari peralatan memasak.

"Em... Puan nak masak apa?"

"Saya nak masak pancake dan... em, nasi goreng?" jawab Hannah seraya mengambil kuali dari tempatnya. Peti sejuk dibuka lalu dia keluarkan dua biji telur dari situ.

Hem... dah boleh nampak yang Tuan Yoongi akan tolak macam tu je.

"Ehem, kalau awak tak puas hati dengan saya. Tolong luahkan depan- depan. Saya tak suka orang cakap belakang, faham?" kata Hannah seraya bercekak pinggang.

Gadis itu terkebil-kebil sebelum dia menundukkan badannya petanda yang mahu meminta maaf.

"Maafkan saya, Puan."

"Dahlah, awak masuklah bilik balik. Saya tak nak kena ganggu." balas Hannah, rosak mood dia nak memasak jadinya.

"Maaf puan." katanya seraya menundukkan badannya sekali lagi lalu beredar keluar dari ruang dapur tersebut.

Jieun melepaskan keluhan kecil, dia kena banyak bersabar bila dapat dengan isi hati orang sekelilingnya ini.

Dua minggu perkara itu berterusan berlaku, kesemua isi hati pembantu rumah dapat didengarinya cuma satu saja.

Isi hati suami wanita bernama Hannah, si Yoongi itu.

Lelaki tu tak ada hati ke apa? Tak dengar bunyi langsung. Ke dia pakai jampi pendinding diri supaya dia tak diguna-guna?

Hurm, pelik ni.

"Fikir nantilah, urm. Mula- mula kita masak nasi goreng dulu, lepas tu masak pancake. Okay, kajja!"

Hannah mula bergerak untuk mendapatkan bawang yang diletakkan didalam bekas seperti raga kecil itu.

"Ahjumma- eo?"

"Morning!"

"Kau buat apa kat dapur, awal pagi macam ni?" soal Yoongi ketika dia melangkah masuk ke dapur dengan dahi yang berkerut.

"Nak masakkan awak breakfast."

"Pftt- Kau masak telur hari tu pun terbakar hangus, ada hati nak masakkan breakfast untuk aku? Dahlah jangan berangan."

"Salah ke kalau saya nak ambil hati suami saya sendiri?" soal Hannah, bibir diketap geram.

"Besar salahnya." jawab lelaki itu.

"Awak jangan minta kalau saya masak sedap!"

"Tak hamak pun."

Hish! Dasar mayat hidup!

.

Hohoho, Yoongi memang begitu ya orangnya.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

[DIBUKUKAN] Our Faith | MYG ✓Where stories live. Discover now