💎Bab 17 (Mimpi Penyelesai)

339 37 19
                                    

Oppss...

Sebelum korang baca chapter ni, Sis nak cakap sesuatu dulu...

Ekhem!

*on mic*

.
.
.

THANK YOU FOR 6.65K READS AND 650 VOTES!!!!

Korang semua memang terbaik!!!!

Terima kasih sebab sudi baca cerita yang pelik ni. Huehuehue...

Sis akan edit semula chapter yang awal-awla tu. Huhuhu... Merepek bethol. Murung baca.

Tidak mahulah Sis menulis panjang, jadi... Silakanlah kalian baca chapter ini!!!! Uwu

.
.
.

XXXXXXXXXXXX

"Gempa bangun." Satu suara bermain di minda Gempa. Tidurnya terganggu.

"Gempa."

"Huh?" Gempa nembuka matanya.

"Bangun nak."

Gempa memandang ke sekelilingnya. Kosong.

"Sini."

Gempa menoleh ke belakang. Hampir saja dia menjerit kerana terkejut.

"A-apa Pak Cik Saed buat di sini?" Gempa memandang lelaki hampir separuh abad itu dari atas ke bawah.

"Bantu kamu semua."

"Bantu kami?"

Pak Cik Saed menghulurkan tangannya. "Mari sini petunjuk aksara."

Gempa segera mencari kertas yang tertulis petunjuk yang dijumpainya beberapa hari lepas. Entah bagaimana boleh ada padanya ketika itu.

Setelah menjumpainya, dia menghulurkan kertas itu kepada Pak Cik Saed.

"Pak cik, macam mana pak cik boleh sampai ke sini?"

Pak Cik Saed memandang Gempa sambil tersenyum. "Pak cik datang dalam mimpi kamu. Bukannya pak cik betul-betul datang ke sini."

"Huh?"

"Terlalu lambat nak tunggu kamu semua selesaikan. Terpaksalah pak cik sendiri turun padang."

Gempa tersipu-sipu. Pipinya yang tidak gatal digaru.

Pak Cik Saed menggelengkan kepalanya saraya menghela nafas. Dia menayangkan helaian yang tertulis Petunjuk Aksara itu kepada Gempa.

"Ini bukanlah satu teka-teki ataupun panduan. Ini cuma untuk memberitahu kamu betapa pentingnya setiap Pedang Elemental pada dunia ini."

"Jadi, apa yang kami boleh lakukan dengan petunjuk ni?"

Pak Cik Saed tidak menjawab pertanyaan Gempa namun dia terus memberi maksud pertunjuk tersebut.

"Teras yang dimaksudkan ialah Pedang Elemental, punca pula membawa maksud elemen, pembawa itu pula dimaksudkan kepada orang yang bertangungjawab terhadap Pedang Elemental, dalaman membawa maksud personaliti dan akhir sekali... kunci membawa maksud  matlamat."

Gempa mendiamkan diri. Dia menanti lelaki di hadapannya itu untuk menyambung bicara.

"Maksudnya... setiap Pedang Elemental ini akan dipertanggungjawabkan kepada setiap orang yang mempunyai personaliti berbeza namun mempunyai matlamat yang sama. Namun, setiap Pedang Elemental yang berada di tenpatnya akan berada di bawah jagaan penjaganya masing-masing."

7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]Where stories live. Discover now