💎Bab 3 (Kuasa yang diamanahkan)

774 74 0
                                    


"Sebenarnya, kau salah seorang pewira yang dinanti semua penduduk Kota Surea yang sering ditindas oleh sekumpulan makhluk yang jahat."

"Apa?!!" Gempa tak dapat memproses maklumat itu dalam kepalanya. "Ah... aku tak mahu terlibat dalam cerita ni!"

"Tolonglah. Kau harapan kami semua," rayu Ying.

"Err... aih- aku rasa korang salah orang. Bukan aku. Aku tak ada kuasa dan tak mahu terlibat dalam perkara yang merapu ni." Gempa menggaru kepalanya. Sungguh dia tidak faham apa yang berlaku.

Apa pula ni? Sudahla soalan-soalannya tak terjawab. Tiba-tiba dituduh. Kepalanya sudah mula sakit.

"Lagipun aku perlu cari adik-beradik aku." Sambungnya lagi.

"Tunggu!" Ying menarik tangannya dan mendudukkan Gempa di atas salah sebuah kerusi di situ.

"Ochobot, pengesan" Yaya meminta Ochobot menghidupkan pengesan setelah mengikat Gempa di atas kerusi itu.

"Woi! Apa ni?!! Apa korang nak buat dengan aku!!" Gempa meronta.

Ochobot pergi ke tepi dinding dan mengeluarkan sebuah mesin digital dan menghidupkan mesin pengesan.

Sebuah robot sebesar penumbuk terbang dan menuju ke arah wajah Gempa.

"Apa ni?!!" Gempa ketakutan.

Bzingg!

Sealur cahaya laser dari robot itu mengesan kedua-dua belah anak mata Gempa.

"Warghhhh!!!!" jeritan Gempa memenuhi ruang itu.

Bziinn... laser itu padam perlahan-lahan. Kemudian robot itu menuju ke arah mesin digital Ochobot.

Gempa pengsan di atas kerusi itu.

Ochobot mengimbas setiap maklumat yang dia dapat dari robot pengesan itu.

"Alamak Ying! Dia dah pengsan pulak." Yaya menekup mulutnya.

"Apa yang bising-bising ni?" Fang muncul entah dari mana bertanya.

"Ni, dia terkejut sangat bila kitorang guna mesin pengesan untuk kesan anak mata dia..." kata Yaya.

"Yalor... penakut betul dia ni. Sikit je pun." Ying hanya mampu menggeleng.

"Bawalah dia ke bilik rehat." Ujar Gopal yang tiba-tiba muncul di belakang Fang.

"Haiya... korang bawalah dia ke sana." Ying bercekak pinggang.

"Aku dah dapat!" jerit Ochobot tiba-tiba.

"Apa?" Fang datang menjenguk.

Tangan Ochobot laju menaip. "Eh?!! Tapi... ini bukan... bukan dia."

"Huh?!!" Fang mengambil alih mesin digital itu. "Nampaknya dia bukan orangnya."

"Apa?!!" terperanjat Ying dan Yaya.

"Ta... tapi, berdasarkan iris dia tadi..." Yaya teragak-agak. Dia mengeluh.

"Betullah..." Gopal menjenguk maklumat itu bersama.

"Aiya..." Ying memicit dahinya.

"Tapi... korang pasti?" Yaya meminta kepastian. Dia memandang wajah-wajah kawannya. Kemudian dia menatap wajah Gempa.

"Entahlah Yaya... dalam keadaan kita terdesak mencari penyelamat, kebenaran mengaburi pandangan dan fikiran kita." Ochobot turut kecewa.

"Aih... apapun kita tetap perlu bawa dia ke bilik rehat." Kata Ying.

"Em... mari Gopal." Fang memapah Gempa bersama Gopal ke bilik rehat.

"Korang jaga dia. Aku nak pergi jumpa penghulu kota." Ochobot meminta izin untuk beredar.

"Baik." Yaya mengangguk.

Ochobot keluar dari markas mereka. Dia mengeluarkan sebatang kuarza berbentuk berlian sepanjang 15 cm yang di dalamnya terdapat sebutir bintang berwarna kuning.

Dia mengenggam erat kuarza itu dan lesap disebalik cahaya biru.

x-x-x-x-x-x

Gempa dibaringkan di atas sebuah katil bercadar putih.

"Berapa lama dia akan pengsan?" soal Fang.

"Mungkin 2 jam. Nadi dia pun belum stabil lagi. Dia terlalu terkejut. Mungkin sebab dia ingatkan laser tu akan membelah mata dia." Kata Ying.

"Heh. Memang betul bukan dia. Lemah semangat betul." Fang berlalu pergi.

Gopal memegang dahi Gempa. "Dia demam rupanya. Patutlah... Yaya, bagi dia pelekat sejuk dan tampal pada dahi dia."

"Em, ok." Yaya pergi ke sebuah almari berdekatan.

Gopal pergi keluar dari bilik rehat. Dia lalu di hadapan bilik mesyuarat mereka. Kemudian, dia terlihat Fang duduk di atas kerusinya sambil memandang ke arah tingkap yang berhadapan dengan sebuah tasik. Pandangannya kosong menembusi jendela.

Gopal membuka pintu lutsinar setinggi 3 meter dan mempunyai lebar 1.5 meter.

"Fang, kau ok?" tegurnya.

Fang berpaling dan memandang Gopal. "Em, ya. Mungkin..."

Gopal duduk di atas kerusi berhadapan dengan Fang. "Kau fikir apa?"

"Fikir... perlulah kita buat macam apa yang abang aku buat dulu." Fang menghela nafas berat.

"Entahlah. Aku tak berani nak menggadai nyawa aku." Gopal memeluk tubuh.

"Ish, mana boleh macam tu! Kau tahu bukan, lebih baik mati sebagai seorang yang berani daripada hidup sebagai seorang pengecut."

"Fang... kau tahu tak malam tadi ada fenomena kematian bintang. Mungkin-" Kata-kata Gopal dipotong Fang.

"Dah tak ada gunanya menunggu! Dia takkan datang untuk bantu kita." Fang menghempas tangannya ke atas meja.

"Fang! Kau ingat tak apa kata Ochobot dan Pak Cik Saed, kau tak perlu korbankan diri kau macam 'mereka'!"

"Huh, dah 12 tahun. Takkan nak tunggu-"

"Takkan kau nak mati sia-sia juga!" Gopal pula yang memotong kata-kata Fang.

"Tch! Walaupun budak tu di sini. Bukannya dia orang yang dinanti... jadi, buat apa kita perlu bazirkan 30 tahun lagi untuk tunggu kematian bintang yang seterusnya!"

"Suka hati kaulah Fang. Tapi aku harap kau takkan buat tindakan melulu. Tunggu selepas berbincang dengan Ochobot dan Pak Cik Saed." Gopal terus keluar dari situ. Dia tak mahu lagi bertekak dengan Fang.

"Gopal..." Yaya terkejut melihat Gopal yang sedang marah keluar dari bilik mesyuarat itu dan berlalu pergi. Dia juga sempat melihat perbalahan mereka.

"Kenapa?" Soal Ying yang baru sampai di tepinya.

Yaya hanya memandang Ying dan membalas soalan itu dengan senyuman kelat.

"Fang buat hal lah tu." Itu saja yang Ying dapat simpulkan dari senyuman Yaya yang tawar. 

"Boleh tahan emosional juga dia beberapa hari ni. Selama ni elok je."

Yaya masih hanya mampu tersenyum kelat. Bukannya mereka tidak masak dengan perangai Fang.

Apa yang Ying katakan benar. Beberapa hari ini dia seperti mudah hilang pertimbangan. Apatah lagi setelah fenomena kematian bintang berlaku semalam.

Mungkin... dia masih bimbang.

7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]Where stories live. Discover now