💎Bab 15 (Disebalik Kota Surea)

345 35 20
                                    

Bulan purnama yang besar sedang mengambang. Cahaya matahari yang dipantulkan oleh bulan itu menyebabkan langit menyerlahkan warna ungu gelap yang memukau mata. Ditambah dengan beberapa tompokan cahaya bintang angkasa yang jauh di sana.

Fang yang duduk jauh daripada rakan-rakannya sedang termenung. Tangannya masih membelek-belek kerongsang yang dijumpainya siang tadi.

"Fang." Seseorang memanggilnya.

Fang menoleh.

Yaya menghulurkan makanan kepadanya. "Makan."

Fang menyambutnya dan memberi senyuman tawar.

"Kenapa kau termenung dari tadi?" Soal Yaya yang nampak kerisauan.

Fang diam. Dia menunduk dan menyimpan kerongsang tadi ke dalam poket bajunya. Nafas dihela perlahan.

"Tak ada apa-apalah." Dia berdalih.

Yaya mengangguk perlahan. Dia tak mahu pula bertanya lebih lanjut. Dia kembali ke arah kawan-kawannya yang lain yang sedang rancak berbual di hadapan unggun api berwarna biru cerah.

"Dia tak cakap apa-apa?" Soal Ying pada sahabatnya itu.

Yaya hanya menggeleng.

"Biorkan budak tu... suruh makan tak nak makan. Biar aku je yang makan bahagian dia," seloroh Gopal sambil mengambil beberapa makanan yang terletak di atas kain kalis air.

"Eh, aku nak sikit juga bahagian dia." Taufan turut mengambil makanan tersebut namun disiku oleh Halilintar.

Taufan memandang Halilintar tak puas hati. Apa salah dia?

"Hm, Fang kenapa eh? Dia memang macam tu ke?" Soal Gempa.

Mereka berempat terdiam.

"Ni sebab... abang dia ke?" Soal Gempa lagi.

Sunyi.

Hali dan Taufan memasang telinga apabila suasana mula menegang.

Gopal menggaru tengkuknya yang tak gatal. "Hmm... aku dah banyak kali dah cakap dengan dia. Tapi dia-"

"Gopal, berhenti." Ochobot bertegas.

Jeda.

"Aku sebenarnya... bukan aku sahaja tapi seluruh penduduk Kota Surea... walaupun kami mengharapkan korang, kami masih ragu-ragu." Ochobot memulakan bicara serius.

Gempa, Halilintar dan Taufan menjongketkan kening.

"Apa maksud kau?" soal Gempa.

Ochobot menghela nafas berat sebelum menyambung bicara. "Kau perasan tak, korang masih tak tahu kisah penuh kenapa kami perlukan korang untuk selamatkan kami?"

Tiga beradik itu berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang Ochobot penuh tanda tanya.

Ochobot menarik nafas sebelum memulakan ceritanya. "Macam ni... berabad yang lalu planet ini bukanlah seperti yang kau lihat sekarang. Waktu tak wujud lagi Dewala Surea yang memisahkan manusia dengan kehidupan yang lain. Sejak ada anasir luar yang cuba mengambil khazanah alam ini, mereka mula marah dan menyembunyikan khazanah mereka daripada disalah gunakan."

"Mereka?" Gempa menyoal.

"Penjaga khazanah, penjaga pedang-pedang elemental inilah. Kita dah jumpa dengan mereka. Kau ingat masa kita jumpa Halilintar, ada petir-petir yang cuba menyambar kita kan? Itulah dia. salah satu daripada penjaga pedang elemental. Begitu juga dengan labirin taufan yang kita harungi tadi. Setiap pedang elemental mempunyai penjaganya sendiri."

7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]Where stories live. Discover now