💎BAB 14 (Helang Bermata Merah)

461 52 14
                                    

Fang mengangkat salah satu kepala ular robotik yang telah mereka musnahkan tadi. Dia memerhati kepala ular tersebut.

"Wah, macam mana abang jumpa pedang ni?" soal Gempa yang kagum melihat pedang Taufan.

Taufan memandang pedang yang ada ditangannya. "Oh, ini? Hmm..."

Satu jam sebelum...

Taufan melayang. "ArrrRRggGGghhh!"

"Bebola Taufan!" Taufan melindungi dirinya di dalam Bebola Taufan.

Dia tercungap-cungap. Cuba mengambil oksigen.

"Ahh... macam mana nak keluar dari puting beliung ni?" Dia menggaru kepalanya. Tak mustahil juga Bebola Taufan akan lesap jika dia kekurangan tenaga lagi.

Bebola Taufan tiba-tiba makin pudar.

"Eh?!!" perlahan-lahan kakinya menyentuh tanah. Dia mendarat dengan Bebola Taufan yang makin pudar.

"Angin dah tak kuat?" dia hairan. Kepalanya mendongak. "Kat mana aku ni?"

Kawasan sekelilingnya dikenal pasti. Anak matanya mengecil. "Apa?! Aku dekat tengah-tengah puting beliung?!!"

"Yang peliknya... angin di tengah ni tak sederas yang disangka. Kenapa?" ketika matanya melilau melihat sekeliling tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Apa tu?" Taufan mendekati 'sesuatu' itu.

Kelihatan sebatang pemegang berwarna biru tertanam tegak di dalam tanah. Sifat ingin tahu Taufan membuak. Dia memegang pemegang itu. Tangannya tiba-tiba terasa sejuk. Seperti ada angin yang keluar dari tanah itu.

Dia cuba mencabut pemegang yang tertanam itu. "HekkK!"

"Agak susah. Mungkin benda ni panjang ataupun tanah ni yang keras?" dia berteka-teki dalam hati. Seluruh kudratnya digunakan untuk mencabut pemegang itu.

Taufan menggunakan kuasanya untuk mencabut pemegang itu. "Hiyyahhh!!!"

TupphHH!

"Lagi sikit!!!" Jerit hati Taufan.

"Ergghhh...." Taufan menarik dengan sekuat hati.

Tup!

Tercabut.

Taufan terjatuh ke belakang. "Aduh..."

Dia memandang benda yang dicabutnya tadi. "A... apa ni?"

Sebuah pedang kaca lut sinar yang di dalamnya terdapat corak akar tunjang berwarna biru gelap bersinar menambat pandangannya.

Tiba-tiba saja pedang itu bersinar beberapa saat menyilaukan matanya. Badannya terasa seram sejuk dan warna iris pada matanya berubah.

Tiba-tiba puting beliung perlahan-lahan memudar seolah-olah memberi laluan untuknya keluar. Dengan rasa ragu dia bangun dan berjalan perlahan-lahan ke dalam laluan itu.

Matanya melilau ke sekelling. Mencari asbab laluan itu terhasil. Dia memandang pedang yang ada di tangannya kembali. Baru dia sedar pedang itu hampir sama seperti pedang Halilintar. Cuma warna dan logo pada pemegang pedang itu sahaja yang berbeza.

"Pedang Elemen?!" Hatinya bertanya.

"AAaaaaAAAhhHHHHH!" Suara jeritan seseorang mengejutkan dirinya.

"Gempa! Hali!" Dia teringat akan adik-beradiknya. Dia terus berlari keluar dari kawasan Labirin Taufan.

Terlalu lambat untuk menunggu laluannya terbuka. Dia membuat keputusan untuk membuat laluan sendiri.

7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]Where stories live. Discover now