💎Bab 1 (Penantian Yang Dinanti)

1.1K 88 10
                                    

Di sebuah kota dunia fantasi, Kota Surea.

Seorang lelaki berambut hitam berkilau dan iris matanya berwarna biru berdiri di luar rumah yang agak usang. Pandangannya dilempar jauh sambil ditemani deruan angin malam yang menyentuh kulit mukanya.

"Ochobot?" Satu suara manis memanggilnya.

Ochobot menoleh, "Oh, Yaya! Mimpi apa kau datang sini?"

Yaya tersenyum. Dia berdiri di sebelah Ochobot.

"Tak mimpi lagi, belum tidur dan tak boleh nak tidur. Kau dah dapat cari cara lain untuk  selamatkan Kota Surea? Selain daripada menanti kehadiran para pejuang?"

Ochobot mengeluh, "Tak. Tiada cara lain."

"Jadi kita perlu tunggu sehingga kematian bintang kelihatan?"

"Ya."

Yaya menghela nafas berat. "Bila?"

Ochobot jeda sebelum menjawab pertanyaan itu. Dia memandang Yaya, "Sekarang."

Yaya memandang langit malam.Tiba-tiba kelihatan sebuah bulatan merah dilangit yang menyinar menjadi malap dan akhirnya terpadam.

Yaya terpegun.

"Jadi, apa langkah seterusnya?" Ochobot tersenyum memandang Yaya.

"Perjumpaan dengan mereka esok."

"Baik."

x-x-x-x-x-x

Sementara itu, di bumi. Di sebuah rumah sederhana dua tingkat.

"BLAZE!!!" Suara Halilintar menyambar semua penghuni rumah. Termasuk jiran yang berdekatan.

Blaze mengendahkan suara abangnya dan meneruskan aktiviti memasaknya.

Taufan berlari ke dapur. "Apa jadi ni?"

"Ni ha. Abang Hali ni. Sibuk saja. Orang nak masak." Blaze menjelir lidah pada Halilintar yang sedang membara kemarahannya.

Taufan melihat sekeliling.

"Blaze, kenapa sepahkan dapur? Kan tadi abang dah suruh kemas sebelum abang Hali balik."

"Kau! Kau ni..." Halilintar mengenggam tangannya.

Taufan menarik lengan Halilintar. "Sabar, jangan jerit-jeritlah."

"Mana tak menjeritnya. Apasal dia mengada-ngada masak lepas itu biar saja dapur bersepah!"

"Tak apa. Nanti aku cakap dengan dia." Taufan cuba menenangkan amarah Halilintar.

Halilintar mendengus. Dia naik ke tingkat atas.

Taufan memandang Blaze. "Ish, kau ni. Kan abang dah cakap. Tengok, dia dah marah dah."

Blaze tidak mengendahkan bebelan Taufan.

Halilintar berjalan masuk ke dalam biliknya. Tiba-tiba satu suara menegurnya, "Abang Hali dah balik?"

"Ya, kau tak tidur lagi?" soal Hali pada Thorn.

"Tak..."

"Main game? Facebook? Atau instagram?"

"Ish, tak adalah. Itu kerja Solar." Thorn tersengih. "Thorn pergi ulangkaji tadi sekejap. Baru nak tidur tiba-tiba dengar suara abang, tu yang tak jadi."

Halilintar mengangguk. "Gempa mana?"

"Abang Gempa masih tidur. Dia baru saja kebah dari demam."

"Ok."

7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]Where stories live. Discover now