💎Bab 6 (Terowong cahaya rahsia)

597 68 1
                                    

Fang mengambil kuarzanya yang telah siap digantungkan tali dan diikat di tepi tali pinggangnya. Gopal yang memerhati tingkah laku Fang turut mengikuti cara Fang.

Yaya dan Ying mengambil dan menyangkutkan tali itu di leher masing-masing.

"Baiklah, kamu semua dengar sini." Pak Cik Saed mengarahkan mereka berkumpul. "Kamu perlu pergi ke bahagian timur kota. Di sana kamu akan menjumpai sebuah pokok yang agak rendang di tepi dinding Dewala Surea. Kamu akan jumpa sebuah pintu terowong rahsia dibawah itu."

"Tapi, setelah kamu sampai di luar Kota Surea, jangan lupa untuk membaca beberapa maklumat penting di luar dinding Dewala Surea." Sambungnya lagi.

"Baik!"

x-x-x-x-x-x

Pokok-pokok yang berwarna merah kelihatan di sepanjang perjalanan mereka ke Dewala Surea di bahagian timur Kota Surea.

Akhirnya, mereka sampai di tepi dinding dewala yang tinggi itu. Gempa mendongak. Dia kagum. Ketinggian yang dicapai dewala itu lebih tinggi daripada Burj Khalifa, menurut perkiraannya.

"Wouhh!!!"

"Sini!" Fang memanggil mereka semua yang masih berlegar di sekitar situ.

Mereka semua bergegas ke Fang. "Kenapa Fang?" soal Yaya yang memandang ke sekeliling. Namun masih tiada pokok yang rendang seperti yang dikatakan Pak Cik Saed.

"Itu..." Fang menunding ke arah sebuah pokok di belakang mereka.

Mereka berpaling. Semuanya terkejut, termasuk Gempa.

"Pokok apa tu?" soal Gopal. Mereka memerhati pokok yang agak aneh bagi mereka. Batang pohonnya perang dan berdedaun hijau. Pokok yang agak rendang itu tidak berbunga mahupun berbuah.

Gempa laju menuju ke pokok tersubut. Dipegangnya batang pohon itu. Dia beralih pula kepada dedaun pohon tersebut. Dicium bau daun itu. Dia tersenyum. "Ini pokok mangga!" ujarnya riang.

Gopal menelengkan kepalanya. "Huh?". Yaya dan Ying turut menggaru kepala.

Ochobot pula hanya diam. Di dalam kepalanya dia cuba mengingati sesuatu. "Hmm... itu salah satu jenis pohon di Bumi bukan?"

"Yes,exactly!" Gempa memberi high-five kepada Ochobot. "Macam mana kau tahu?"

"Adalah... rahsia." Ochobot tersengih.

"Ah, sudah." Fang menolak Gempa dan Ochobot ke tepi untuk lalu. Gempa memandang tak puas hati.

Fang meraba-raba tanah di bawah pohon itu. Dia cuba mengetuk-ngetuk tanah untuk mencari pintu terowong rahsia. Tak lama kemudian dia terhenti seketika. Dia berpaling ke arah mereka.

"Apa korang buat dengan tercegat di situ?! Mari sini tolong cari pintu rahsia tu!"

"Ah, ya!" mereka semua terus membantu Fang dengan cuba mengesan pintu terowong rahsia di sekeliling tanah di bawah pokok itu. Mereka terkial-kial mencari pintu tersebut.

Gempa duduk melutut perlahan-lahan di atas tanah itu. Niatnya dia ingin juga membantu mereka mencari pintu terowong rahsia itu. Namun, hatinya tidak sedap hati apabila dia mula menyentuh tanah itu.

Seluruh tapak tangannya dilekapkan ke atas tanah itu. Matanya tiba-tiba diarah terpejam. Sesuatu tiba-tiba menggangu fikirannya. "Arghh!" dia menarik tangannya ke atas.

Mereka yang lain memandang ke arah Gempa yang tercungap-cungap dan berpeluh dingin. "Err... kau ok Gempa?" soal Ochobot.

Wajah Gempa yang pucat menunjukkan segalanya.

7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]Where stories live. Discover now