💎Bab 2 (Pertemuan Yang Dinanti)

831 82 2
                                    

Gelap.

Kelabu.

Putih.

Mata Gempa perlahan-lahan terbuka.

Kelihatan seorang gadis bertocang dua tidak jauh darinya.

"Aku kat mana? Di syurgakah? Kau bidadari?"

"Eh, kau dah bangun?" Seorang gadis bertudung masuk ke dalam bilik itu.

"Sah, aku memang kat syurga."

Kepala seorang lelaki bermata biru dijulur dari atas kepala Gempa.

"Syurga?"

"Warghh!!!" Akibat terlalu terkejut Gempa terjatuh dari katil yang dibaringinya.

"Aduh..." Gempa mengusap belakang badannya.

Gadis bertocang dan berkaca mata itu mendapatkan Gempa.

"Kau ok?"

"Auch... aku ok saja." Gempa tersenyum kelat.

"Ish, kau ni Ochobot. Tak baik kau terkejutkan dia macam tu." Dia membantu Gempa untuk berdiri.

"Aku tak terkejutkan dia pun." Ochobot menelngkan kepalanya.

Gempa memandang sekeliling. Sungguh tempat itu amat asing baginya.

"Aku... kat mana?"

"Kau kat rumah aku," kata gadis bertudung itu.

"Macam mana aku boleh ada di sini?"

"Kau jatuh. Jatuh dari langit... dan kami jumpa kau di hutan sana. Tak jauh dari sini," kata gadis berkaca mata itu. Dia menghulurkan segelas air pada Gempa.

"Jatuh dari langit?" Gempa seakan tak percaya.

"Ya-" Kata-kata gadis berkaca mata itu dipotong oleh Ochobot.

"Tak pelik pun."

"Korang! Oh-" Seorang lelaki menerjah masuk ke dalam bilik itu. Langkahnya terhenti selepas melihat Gempa yang sedang duduk di atas katil.

Gempa juga terdiam setelah melihat lelaki itu.

"Dia... dah sedar?" Soal lelaki itu.

"Ya, kenapa Fang?" Gadis bertudung itu membalas kemudian disusuli dengan soalan.

"Oh. Tak ada apa-apa. Aku dan Gopal tunggu di markas." Fang meninggalkan mereka.

Mereka berempat berpandangan sesama sendiri.

"Oh ya. Hai, aku Yaya dan ini Ying." Gadis bertudung itu memperkenalkan diri dan kawannya.

"Oh... hai. Aku Gempa."

"Aku Ochobot." Ochobot menghulurkan tangan kepada Gempa. Gempa menyambut huluran tangan Ochobot.

Ochobot memandang tepat wajah Gempa. "Eh... kau!"

Gempa terkejut dengan sergahan Ochobot. Sudah dua kali dia dikejutkan oleh Ochobot.

Ochobot memegang kasar muka Gempa. "Weh, Ying! Yaya! Tengok ni."

Yaya dan Ying menghampiri Ochobot.

"Weh! Apahal ni?" Gempa cuba melepaskan mukanya dari cengkaman Ochobot. Namun, cengkaman Ochobot sungguh kemas. Mungkin dulu dia ahli gusti agaknya.

"Tengok mata dia," ujar Ochobot bersungguh-sungguh.

"Ha'ah lah. Mata dia... berwarna perang." Ying memandang Yaya dengan wajah penuh kejutan.

Gempa mengangkat keningnya. Bukan memang itu warna mata semua manusia yang normal selain hitam ?

Sempat dia memandang iris Ying dan Yaya yang masing-masing berwarna biru gelap dan merah jambu gelap.

Ochobot terus menarik tangan Gempa.

"Kita nak ke mana?" Gempa cemas. Ketika itu, dia baru tersedar warna iris Ochobot berwarna biru langit.

"Ke markas kitorang." Ochobot menarik Gempa keluar dari bilik itu. Yaya dan Ying membuntuti mereka.

Sampai di luar rumah itu Gempa memerhati sekeliling. Langit kellihatan berwarna ungu gelap. Awan-awan di langit pula berwarna jingga.

"Aku di mana?" Soal hati Gempa.

Mereka masuk ke kawasan hutan. Mereka sampai di satu kawasan berkawah. Di tepi kawah itu dikelilingi ceracak tanah.

"Kau jatuh di sini. Dari langit. Yang anehnya kau tiada kesan luka." Kata Ochobot.

"Jadi? Aku di mana?"

"Kota Surea. Dunia yang berbeza dari dunia asal kau. Kau salah seorang yang dinanti penduduk kota ini." Terang Ochobot.

"A... aku tak faham."

"Kau akan faham nanti." Ochobot menarik tangan Gempa malalui hutan ke suatu tempat.

Mereka sampai di hadapan sebuah batu berwarna biru gelap yang amat besar. Ochobot meletakkan tapak tangannya di atas permukaan batu itu. Tiba-tiba batu itu bertukar warna kepada warna hijau zamrud. Ochobot melangkah sedikit ke belakang.

Muncul sebuah lubang yang besar di batu itu. Mereka masuk ke dalam melalui lubang itu.

Gempa hanya mengikuti langkah mereka.

Mereka berhenti sejenak di satu tempat. Keliling mereka hanyalah dinding gua yang dipenuhi batu-batuan keras. Di atas gua itu terdapat beberapa biji mentol lampu yang agak pudar cahayanya.

"Akses." Satu suara digital berbunyi.

"Kelapa tergolek, jatuh ke pantai, membentuk pulau.... dan hilang ditelan tsunami." Suara Ochobot menjawab.

Gempa mengangkat kening. "Serius? Ini lagi merapu dari ideologi Blaze. Kelapa jadi pulau?"

"Akses diterima. Ahli pasukan Kryc." Suara misteri itu membalas.

Thip!

Gua gelap gelita. Agak lama.

Swap!

Lampu-lampu neon berwarnaa-warni menyala. Gempa memandang sekeliling. Kelihatan sebuah pintu kristal yang berwarna-warni akibat pembiasan cahaya neon terpempang.

Dia kembali memandang sekeliling. Keadaan berubah. Seluruh dinding gua itu daripada kristal.

"Te-tempat apa ni?"

"Hehe... inilah tempat pertemuan dan persembunyian kami dari... err..." Ying yang tadinya teruja terus terhenti berkata-kata.

"Kenapa? Dari siapa?" soal Gempa.

Ochobot menepuk bahu Gempa. "Tak apa... kami akan terangkan pada kau nanti."

"Tapi- kenapa?! Aku tak fahamlah. Daribtadi banyak soalan aku tak terjawab. Akubdah ikut korang sampai sini dah pun." Gempa hilang pertimbangan. Matanya mula bernyala.

"Gempa! Tenang!" Yaya menenangkannya. "Kawal emosi kau! kuasa kau masih tak stabil."

Gempa terkejut. "A-apa?! Kuasa?!! Apa kau cakap ni?"

Yaya terdiam. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya. Dia memandang ke arah Ochobot dan Ying.

7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]Where stories live. Discover now