💎BAB 12 (Labirin Taufan)

602 65 3
                                    

Yaya menggosok matanya. "Dah pagi ke?" dia memandang sekeliling. Hari masih lagi samar-samar. Dia mengejutkan Ying yang baring di sebelahnya. "Ying, bangun."

Ying tersedar. "Hmm?"

"Korang!!!" satu suara mengejutkan mereka berdua.

Yaya dan ying menoleh ke arah suara itu. "Eh?!"

Gempa, Taufan dan Halilintar sedang berlari ke arah Fang, Ochobot dan Gopal yang masih tidur. Mereka kelihatan agak cemas.

"Ochobot, bangun!" Gempa menggoncangkan badan Ochobot. Ochobot bangun namun masih mamai.

"Siapa mereka?" soal Halilintar kepada Taufan.

Taufan tersenyum memandang Halilintar. "Panjang ceritanya. Tapi aku boleh pendekkan seperti sinopsis sebuah novel."

"Kenapa Gempa? Dah pagi ke?" soal Ochobot sambil menggosok matanya. Gopal dan Fang turut terjaga. Sementara itu, Ying dan Yaya turut ke tempat mereka.

"Ada... ada sesuatu yang pelik di sana!!!" Gempa menunjukkan ke suatu arah.

"Hah? Mana?" soal Fang.

"Mari!" Gempa menarik tangan Ochobot.

"E,eh?!" Ochobot hanya mengikuti langkah Gempa. Diikuti yang lain di belakang mereka.

Beberapa langkah kemudian Gempa menunjuk ke hadapan mereka. "Itu!!!"

Mereka semua memandang ke hadapan mereka. Reaksi terkejut terpamer pada wajah mereka.

"Apakah?!" anak mata mereka mengecil.

Masing-masing terkejut melihat banyak puting beliung yang besar di hadapan mereka sedang aktif dan berwarna biru langit bumi.

"Apa itu?" soal Yaya.

Ochobot mengesan kawasan tersebut dengan mengaktifkan pengesan matanya. Beberapa saat kemudian dia menganalisis maklumat yang didapati. "Korang, kita dah sampai di kawasan seterusnya."

"Kawasan apa?" soal Gopal.

"Labirin Taufan."

"Huh?!" semua terkejut.

"Labirin?! Alamak!!!" muka Taufan mula cuak.

"Perlu ke kita lalu tempat ni?" soal Ying.

"Tak ada jalan lain?" soal Taufan.

"Macam mana nak lalu?" soal Gopal.

"Banyaknya soalan. Haih..." Ochobot mengeluh. Pening mahu memikirkan jalan ke sana.

Fang yang dari tadi diam dan memerhati sekeliling akhirnya bersuara. "Kita tak boleh lalu darat ataupun udara. Mungkin kita perlu gali terowong untuk lalu kawasan ni hingga ke akhir kawasan ini."

"Tapi..." Halilintar membantah. "Kita tak tahu berapa luas kawasan ini. Kalau kita guna laluan bawah tanah, kita tak boleh menanggak kawasan mana yang selamat untuk keluar."

Gempa dan Taufan menangguk.

"Ochobot, kau boleh kesan berapa luas kawasan Labirin Taufan ni?" soal Fang pada Ochobot.

Ochobot menggeleng. "Maaf, aku tak ada data kawasan ni dan dalam keadaan puting beliung yang aktif menganggu radar pengesan aku."

Fang menongkat dagunya. Yaya, Ying dan Gopal memandang sesama sendiri. Masing-masing tidak mempunyai buah fikiran.

"Mengikut kira-kira aku... masih ada cara untuk kita lalu kawasan ni. Agak berisiko." Kata Gempa sambil memandang Taufan. "Tapi, aku ada 'backup plan'."

7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]Where stories live. Discover now