💎Watak-watak💎

1.4K 81 5
                                    

1. Halilintar, 22

2. Taufan, 22

3. Gempa, 21

4. Blaze, 19

5. Ice, 19

6. Thorn, 17

7. Solar, 17

8. Gopal, 23

9. Ochobot, 21

10. Yaya, 22

11. Ying, 21

12. Fang, 22

x-x-x-x-x-x

Halilintar...

Abang yang agak menakutkan. Tapi, bagi orang luar dia nampak cool saja.

Mungkin sebab suara dia memang macam halilintar di rumah. Tak kira sama ada dia bagi ayat sentap ataupun masa dia marah.

Suara dia memang boleh tembus telinga kami adik-beradik.

Taufan...

Adik kembar Halilintar. Abang yang agak tenang sedikit.

Dialah yang selalu mengawal Halilintar ketika dia marah. Bukan Gempa tak boleh kawal... tapi ada kalanya kemarahan dia tu betul.

Abang Taufan ni sememangnya macam angin taufan yang mebadai seluruh kawasan terdekat. Kalau sekali dia buat lawak untuk ceriakan kami, memang semua akan ketawa. Sebab itulah Abang Hali memang tak pernah jadi nak marah Abang Taufan.

Gempa...

Unik? Hanya sebab dalam kalangan adik-beradik dia, dia seorang sahaja yang dilahirkan tanpa kembar. Dia tak tahu dia patut gembira atau tak.

Sejak arwah mak dan ayah tiada. Dia mengambil alih tugas emak dalam menguruskan rumah. Abang Hali dan Taufan pula ambil tanggungjawab ayah dalam mencari duit untuk uruskan pendidikan adik-adik mereka.

Gempa bumi, bencana yang menyebabkan kawasan tersebut dan sekitarnya. Setiap kali dia dalam kesusahan atau tak sihat, pasti adik-beradiknya dapat rasakan walaupun dia tak beritahu mereka.

Dia juga selalu menjadi orang tengah antara adik-adiknya dan abang-abangnya.

Blaze...

Adik yang agak unik. Perangainya agak gila-gila yang menyebabkan orang lain turut terasa bahang kegilaan dia.

Macam api yang membara. Masa kecil kawan, bila dah besar jadi lawan. Lawak gila-gila yang Blaze buat kadang-kadang mewujudkan pergaduhan antara dia dengan Hali atau Ice.

Walauapapun, aku perasan sifatnya yang suka membantu. Lagi-lagi ketika bantu aku memasak. Kebaikan hati dia memang jarang orang dapat tengok. Semua orang memang hanya suka menilai keburukan orang lain.

Ice...

Adik kembar Blaze. Orang sangka dia pemalas. Tapi sebenarnya tidak.

Macam padang salji di kutub. Mungkin orang takut nak pergi ke sana kerana bimbang mati kesejukkan. Mereka tak dapat lihat keindahan musim sejuk di bawah -0 darjah celcius. Cara hidup di sana yang berbeza.

Cara mendekati Ice memang berbeza. Mungkin sebab itu dia sukar dapat kawan.

Dia memang selalu tidur dalam kelas, tapi keputusan setiap kali peperiksaannya tak ada siapa menjangka. Dia selalu keseorangan dalam kelas, (Sebab Blaze di kelas lain) menjadikan dia cepat bosan dalam sesuatu.

Thorn...

Seorang adik yang agak menceriakan dengan kenaifan dia. Tapi kadang kala kami tak pernah menjangka yang dia akan bertindak diluar kawalan.

Macam duri pada batang pohon bunga ros. Menjadi sokongan batang tak berkayu. Indah dilihat mata. Namun jika salah memegang pasti sakit.

Pernah sekali dia ditangkap guru disiplin sekolahnya ketika dia hampir membunuh kawannya dengan mencekik. Kawannya yang agak nakal terlalu suka menyakat dia hingga hilang kesabarannya.

Solar...

Adik bongsu yang kekurangan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Dia agak kuat melawan berbanding yang lain.

Agak degil juga. Dia lebih suka hidup bersendirian kerana dia dapat rasa yang dia boleh hidup tanpa sesiapa.

Ibarat cahaya di tempat yang samar. Lurus menyinari kegelapan sendirian tapi datang dari sumber. Satu sumber yang kuat agar cahaya tidak hilang dari menyinari kegelapan.

Sumber itu ialah talian kasih sayang sesama adik-beradik.

.

.

.

.

.

.

7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]Where stories live. Discover now