💎Bab 8 (Petunjuk aksara)

627 70 15
                                    


Huh! Huh! Huh!

Gempa termengah-mengah. Dia berhenti berlari dan menoleh ke belakang. Kelihatan serangga gergasi itu kelihatan buas walaupun serangga itu berlari kurang laju darinya, serangga itu masih merbahaya.

"Aku tak boleh lari dari dia. Tak boleh begitu jauh." Gempa memandang kepala serangga itu. Baru dia sedar labah-labah gergasi itu bertanduk.

"Mungkin... aku boleh naik ke atas kepala dia." Hanya itu dia sempat berfikir. Mungkin dia boleh mengawal serangga itu dengan mengawal kepalanya.

Dia mengatur kedudukan. Nafasnya ditarik dan dihembus. Keduan tangannya digenggam erat.

Tap! Kakinya melangkah dan mula berlari. Dia semakin hampir dengan serangga itu.

"Ah!!?"malangnya kakinya tersadung sendiri. Gempa tersembam ke tanah. Tangannya cuba menahan badannya terjatuh dengan kuat.

Grrruuuummmdddd!!!! Tanah bergegar seketika.

"Ahhhhh!!!" Ying, Yaya dan Gopal menjerit.

Gegaran berhenti. Gempa mengangkat kepalanya. "Huh?!!"

Beberapa ceracak tanah muncul di hadapannya dan menghalang serangga gergasi itu daripada mara dan menghampiri Gempa.

"Apakah?!" Fang terkejut.

Gempa memandang kedua tangannya dengan wajah yang tak percaya.

Gwarrhhh!!! Serangga gergasi itu merempuh kesemua ceracak tanah hingga pecah dan mula menghampiri Gempa.

Gempa kelam-kabut. Memandang kesekeliling dengan laju.

Tiada masa.

Gempa menghempas kedua tangannya ke tanah. Ceracak tanah yang tinggi naik.

Malangnya, serangga gergasi itu sempat berhenti sebelum merempuh ceracak tanah itu.

Gempa menumbuk dinding di sebelah kirinya.

Ceracak tanah muncul di sebekah kanan serangga gergasi itu, seraya menolaknya ke tepi.

Gempa menumbuk kasar dua kali di dinding sebelah kanannya.

Ceracak tanah muncul dengan lebih banyak. Serangga gergasi itu tidak sempat melarikan diri. Badannya ditusuk ceracak tanah yang tajam sehingga serangga gergasi itu mati. Percikan cecair melekit berwarna ungu dari badannya mengenai Gempa sedikit.

Bukan Gempa sahaja yang terkejut, malah Ying, Yaya, Gopal, Fang dan Ochobot juga tenganga.

"Makhluk ni ialah penjaga terowong ni."

x-x-x-x-x-x

"Kuasa kau masih diluar kawalan." Kata Ochobot sambil berjalan bersama-sama yang lain.

Gempa hanya diam. Sedikit mengeluh. "Hmm... macam mana nak mengawalnya?"

"Kau tak boleh kawal kuasa tu sepenuhnya. Sebab pengawal bagi semua kuasa elemen adalah Pedang 7 Elemen." Ying menjawab.

"Huh? Pedang?"

"Pedang 7 Elemen adalah pedang yang terhasil dari batu kuarza dan beberapa bahan yang lain. Pedang-pedang itu berfungsi sebagai pengawal elemen di dunia ni."jelas Yaya.

"Huh? Pedang-pedang? Maknanya pedang tu lebih dari satu. Kan?"

"Ya!" Ochobot teruja. "Kalau salah satu dari pedang itu dicabut dari tempatnya, elemen-elemen dan keadaan dunia akan tidak terkawal dan musnah."

"Elemen apa?" soal Gempa ingin tahu.

Ochobot dan Fang memandang sesama sendiri. Yaya, Ying dan Gopal turut memandang mereka.

7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]Where stories live. Discover now