"Eh?" Langkah Gempa terhenti tatkala tapak kakinya mula terasa kurang sakit. Tekanan yang dirasai tapak kakinya ke atas tanah sudah berkurang.Gempa merendahkan badannya dan menyentuh tanah yang dipijaknya. Terasa lebih lembut dan lembab berbanding tanah yang dilalui mereka sebelum ini.
"Kita di mana?" Soalnya pada yang lain.
"Aku tak tahu. Tapi kenapa?" Ochobot memandang aneh kelakuan Gempa.
Gempa hanya diam. Tanah dicengkam dan diramas perlahan-lahan. Tiba-tiba saja jantungnya berdetak laju.
Bahaya!
"Lari."
"Hah?"
"LARI!" Gempa segera menarik lengan Ochobot dan berlari ke arah kanan. Yang lain turut mengikuti mereka.
"Ke-kenapa?!"
Shussshhhh!!!!
Tiba-tiba saja tanah termendap dan berpusar dan menyedut segala yang berada berdekatannya. Yang paling teruk sekali, pusaran itu bergerak ke arah mereka.
"ARGHHHH!!!"
"KITA DAH SAMPAI DI KAWASAN TANAH BERNYAWA!!!!"
"LARIIII!!!!"
Akibat tersilap langkah, Gopal terjatuh. Pantas saja pusaran tanah itu mendekatinya dan memendapkan tanah di sekeliling Gopal.
"AAAAAHHHH!!! TOLONG AKU!!!"
Fang segera berhenti dan membantu Gopal.
"Jari Bayang!" Beberapa jejari bayang melilit lengan dan kaki Gopal.
"Hiyarghhh!" Dengan sepenuh kudrat Fang cuba menarik Gopal.
Ssssstttt!!!!
Tanah tiba-tiba saja tanah berhenti berpusar.
"Huh?"
Ssuuuuussshhh!!!
Perlahan-lahan tanah tadi membentuk satu rupa yang besar dan tinggi hingga bayang-bayangnya memayungi mereka. Tanah itu membentuk ombak yang ingin menimbus mereka.
Ochobot memandang cemas. "Bahaya! Fang, Gopal, pergi dari situ!"
Akibat terlalu terkejut, Fang dan Gopal terkaku. Tubuh masing-masing tidak bergerak walau seinci.
"Apungan Graviti!" Gopal dan Fang terapung dan ditarik ke arah yang lain.
Tanah yang cuba menimbus mereka tersasar.
"Aaahhh!" Mereka semua berlari. Cuba untuk pergi jauh dari situ dan mencari tempat selamat.
Namun apakan daya, kawasan itu hanya tanah lapang. Tiada apa yang lain. Tanah tersebut ibarat mesin automatik yang mengawal apa yang sepatutnya ada atau tidak di 'kawasannya'. Penceroboh harus dihapuskan.
"TUNGGU!" Gempa menjerit sebelum lariannya dihentikan.
Ssssstttt!!!
Tanah di hadapan mereka tiba-tiba memendap dan membentuk satu kawah yang besar. Tidak sempat berhenti. Mereka semua kecuali Gempa terjatuh ke dalam kawah tersebut.
"AHHHHH!!!"
"Semua!!!"
Bang!
Gempa ditembak oleh seseorang dari belakang. Dirinya lantas didorong graviti untuk tergelincir ke dalam kawah itu.
"Hah!" Gempa berpaling, cuba untuk melihat siapa yang menembaknya. Namun dia tidak dapat melihat dengan jelas. Cahaya matahari yang bertentangan dengan matanya membataskan penglihatannya.
YOU ARE READING
7 Swords of Elementals (Boboiboy Fanfiction) [RU]
FanfictionSatu sinaran cahaya dari buku peninggalan arwah ibu dan bapa mereka mengubah dunia mereka. Dari remaja biasa, mereka diperlukan oleh penduduk Kota Surea. Kota Surea, sebuah petempatan atau lebih tepat satu-satunya petempatan di dunia yang berlainan...