🖤 : 11

833 75 2
                                    

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

Haedong Resident
07:00 KST

Sujin's POV

Setelah memastikan semua suis dimatikan, aku mengunci pintu rumah yang aku sewa untuk beberapa hari selama di Busan ini. Kaki aku atur menuju keluar dari perkarangan pagar rumah tersebut dan berjalan kaki ke stesen bas berdekatan dan duduk disana sementara menanti ketibaan bas untuk ke hospital.

Telefon aku keluarkan dari handbag Gucci yang dihadiahkan oleh Minho pada awal perkenalan kami dahulu.

"I never expected him to stay but lowkey i was hoping he did after all." ujarku sendirian dan mengeluh.

PIN PIN!

Aku mendongakkan wajahku bersama senyuman lebar nemikirkan bahawa Jeong In yang datang menjemputku. Namun, senyuman aku luntur tatkala wajah yang menyapa pandangan aku ketika ini adalah manusia yang aku rindukan selama ini iaitu-
.
.
.
.
.
.

Suzy. Bae Suzy. Satu-satunya kakak yang dia miliki dan terpisah buat beberapa tahun.

Pintu kereta tersebut dibuka dengan segera dan Suzy berdiri serta terkaku beberapa ketika sebelum menekup bibirnya.

"Ji-jinjja?" soal Suzy, dengan nada suara yang perlahan.

Author's POV

"Un-unnie?" Sujin melangkah setapak ke hadapan menghampiri Suzy.

Suzy mengalirkan air matanya dan berlari ke arah Sujin. Tubuh adik perempuannya yang tidak jauh dari saiz tubuhnya itu didakap erat.

"Mianhei, Sujin-aa." Ucap Suzy dalam tangisannya.

Sujin diam, air matanya mengalir namun tiada reaksi di wajahnya. Pelukan Suzy juga tidak dibalas.

Suzy mencapai tangan Sujin agar memeluknya.

"Peluk unnie Sujin-aa, jeongmal bogoshipeoseoo.." ucap Suzy dan meraung dalam tangisannya. Sujin teragak-agak menaikkan tangannya membalas pelukan kakaknya.

Beberapa ketika, Suzy melepaskan pelukan mereka. Wajahnya sembab dan memerah saat menatap wajah Sujin. Pipi Sujin disentuh dnegan kedua-dua belah tapak tangannya.

"Kamu sihat?" soal Suzy.

Sujin mengangguk.

"U-unnie b-buat apa kat sini?" soal Sujin, dia taktahu mahu memberikan reaksi bagaimana memikirkan nasib kehidupannya selama ini setelah dibuang keluarga.

"Unnie lawat makam halmeoni tadi, kebetulan ternampak someone macam kamu. Rupanya memang betul kamu Sujin-aa. Unnie rindukan kamu." Suzy memeluk tubuh Sujin lagi namun ditolak perlahan oleh Sujin.

"Unnie, jebal h-hajima." tegur Sujin dan melarikan anak matanya ke arah lain.

"M-wo?" soal Suzy.

[ C ] His Mistress | l.m.hWhere stories live. Discover now