🖤 : 19

815 75 4
                                    

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

Seminggu berlalu,

Mahkamah Besar, Seoul
09:00 KST

"Lee Min-Ho dan Son Hwa-Min, kamu berdua disahkan bercerai." putus ketua hakim tersebut lalu kedua-dua belah pihak Minho dan Hwa Min masing-masing bersurai.

Minho dan Hwa Min bertemu di luar bangunan mahkamah tersebut.

Minho menjatuhkan cermin mata hitamnya ke tengah batang hidung dan memandang Hwa Min dihadapannya yang menundukkan kepalanya.

"Oppa jaga diri. Teruskan kuat demi Sujin. Terima kasih untuk semuanya. Saya mintak maaf sebab tak jadi isteri yang baik dan mintak maaf atas kesalahan saya sebelum kita kahwin." Hwa Min hampir membongkokkan tubuhnya namun dihalang oleh Minho.

Minho menunjukkan ke arah perut Hwa Min. Sudahlah sarat mengandung, nak membongkok pulak.

"Jangan ulang kesalahan yang sama bila dah dengan dia." Minho menunjukkan ke arah Taehyung yang berada di belakang Hwa Min.

Hwa Min memgangguk.

"Aku dah maafkan kau. Aku pun mintak maaf sebab tak layan kau dengan baik." balas Minho.

Setelah itu mereka berdua membawa haluan masing-masing.

3 bulan kemudian,

Jung-gu, Seoul
11:00 KST

Setelah memarkirkan keretanya di luar kawasan perumahan tersebut, Minho mengatur langkah menuju ke arah pagar yang sudah terbuka bersama beberapa orang yang sedang menyambutnya.

Minho melambai bersama senyumannya dan menghampiri keluarga tersebut. Encik Jinho yang berada di atas kerusi roda itu memandang Minho bersama senyumannya.

"Annyeonghaseyo." Minho menundukkan tubuhnya menyapa keluarga kecil itu.

"Kkaja, kita masuk." Puan Serin mempelawa Minho dengan senyuman cerianya dan mereka semua berkumpul di ruang tamu. Termasuk Suzy yang turut berada disitu membantu menggerakkan kerusi roda appanya.

"Kami nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat kamu sebab bebaskan Sujin dari tempat tu, Minho-ya." ucap Puan Serin, dia betul-betul senang hati dengan kehadiran Minho ke rumahnya.

Minho mengangguk saja, kerana dia rasa agak kekok. Suzy pertama kali melihat Minho sekekok ini kerana Minho sangat dikenali dengan seorang lelaki berkeyakinan tinggi.

[ C ] His Mistress | l.m.hWhere stories live. Discover now