—
Jeong In's POV
Busan Hospital
09:00 KST"inniee, chukahaee!!" Beberapa orang hyungku datang menyambutku dengan begitu riuh. Aku yang baru sahaja keluar dari labour room menemani Mina saat dia bersalin, mengerling sekilas ke arah mereka bersama nafas yang tercungap.
"Aigoo, bapak budak." Mereka mengambil tempat duduk dan mengusikku, kain tuala yang sepatutnya aku guna untuk mengelap peluhku dirampas oleh Jisung, sementara aku cuma ketawa kelelahan.
"Congrats, Innie.." Pipi aku dicuit oleh mereka.
Hyunjin menarik tanganku agar berdiri.
"Aa nak pergi mana?" keluhku dan dengan terpaksanya aku berdiri.
"Tengok baby!" Dengan teruja mereka menarikku. Aku terus bersetuju dan mendahului langkah mereka.
"Dah call Minho-hyung ke?" soal Hyunjin padaku.
"Dah, tapi suara hyung letih je. Dia kata nanti dia lawat." jelasku dna dibalas dengan anggukan.
"Aku kesian dekat Minho-hyung. Dia mesti letih kan?" soal Changbin.
"Felix dengan Chan-hyung mana?" soal Seungmin membuatkan mereka memandang sekeliling.
"Haahlah. diorang tak sampai lagi kut."
"Eh, tadi Felix bagitahu bagitahu dia dengan Chan-hyung lawat Minho-hyung dulu sekejap." Hyunjin mencelah membuatkan semua mengangguk.
"Tu babyy.." Aku menunjukkan ke arah seorang jururawat yang sedang membaringkan seorang bayi kecil ke dalam baby cot yang berhampiran dengan kaca pengantara yang membolehkan kami melihat daripada luar.
YOU ARE READING
[ C ] His Mistress | l.m.h
FanfictionBae Sujin, merupakan seorang pelayan di kelab malam sebelum dirinya dibeli dengan harga 30M oleh seorang jutawan muda yang sudah beristeri.