🖤 : 13

861 77 12
                                    

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

Seoul National Hospital
17:00 KST

Suzy melangkah masuk ke dalam bangunan hospital kerajaan yang diberitahu oleh Hwa Min.

"Paboya, Hwa Min. Nama doktor tu pun lupa." Rungut Suzy dan membetulkan tali beg tangan pada bahunya. Kakinya diatur menuju ke bahagian Unit Ginekologi dan Obstetrik seperti yang diarahkan oleh Hwa Min.

Suzy menghampiri kaunter di bahagian tersebut.

"Erm, miss. Doktor mana yang rawat model terkenal, Son Hwa Min sebelum ni?" soal Suzy.

Jururawat itu memandangnya pelik.

"Eo, saya kawan Son Hwa Min. Kebetulan Son Hwa Min busy harini jadi dia mintak saya berjumpa dengan doktor yang rawat dia haritu." jelas Suzy. Jururawat itu mengangguk bersama senyuman lebar.

"Maaf, cik. Tapi doktor-doktor tu tiada disini sekarang. Mereka ke Hospital Busan untuk kerja sukarelawan selama seminggu. Ahad baru mereka pulang. Tapi, cik boleh tinggalkan pesanan cik pada saya. Saya akan sampaikan sebaik saja mereka pulang nanti." balas jururawat tersebut dengan berhemah.

"Aaa, nae. Macam ni, Son Hwa Min terhutang budi dekat salah seorang doktor tu. Doktor tu muda lagi, cantik. Jadi, Son Hwa Min minta saya ajak doktor tu untuk minum petang dengan dia dekat Hotel Grand Hyatt pukul 5 petang hari Isnin. Apa nama doktor tu ye?" pesan Suzy sementara jururawat itu mencatat.

"Eo tak silap saya, Doktor—"

Suzy mengangkat panggilan telefon yang diterimanya. "Yoboseyo?" Suzy terus berubah riak dan meninggalkan kawasan hospital tersebut.

Jururawat tadi memandang rakan kerja disebelahnya.

"Mesti Son Hwa Min nak berkenalan dengan Doktor Sujin sebab dia cantik kan?" soalnya pada rakan kerjanya itu.

Kawannya mengangguk. "Entah-entah nak ajak jadi model. Wah untungnya jadi Doktor Sujin." Mereka berdua teruja sendiri.

Haedong Resident
22:00 KST

Minho yang baru pulang dari pasaraya berdekatan membuka pintu dan menutupnya semula setelah masuk ke dalam rumah.

"Meow!"

Minho menundukkan kepalanya memandang meow yang kelihatan marah. Minho tersengih.

"Mian, papa lupa beli makanan kamu tadi. Tapi appa dah beli dah ni." Minho mengangkat bungkusan besar makanan kucing yang dibelinya tadi dan menuju ke bekas makanan meow yang dibawa dari bilik hotel Sujin.

[ C ] His Mistress | l.m.hWhere stories live. Discover now