🖤 : 12

864 76 9
                                    

—

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Busan Hospital
12:00 KST

"Puan boleh ambil ubat dekat kaunter nanti, nae?" pesan Sujin bersama senyuman manisnya yang ditujukan pada epsakit yang dirawatnya.

Wanita yang berumur 25-an itu berdiri dan tersenyum nipis, dia teragak-agak sebelum ingin mengatakan sesuatu.

Sujin menaikkan sebelah keningnnya. "Waeyo, Puan Mina?" Soalnya memulakan bicara.

"Erm..boleh saya tahu baby yang diletakkan dekat baby hatch hospital ni, dibawa ke mana ye?" soal Mina, ragu-ragu. Dari tadi dia bermain dengan jari telunjuknya seakan resah dan gusar.

Sujin menyandarkan tubuhnya pada penyandar kerusi yang didudukinya.

"Ke Mujigae Orphanage dekat tengah bandar Busan ni je puan. Wae?" soal Sujin, dia seakan dapat meneka sesuatu yang tidak digemarinya pada saat ini tambahan pula apabila pesakitnya itu mengeluh.

"Saya tak boleh kandung anak ni. Saya tak tahu appa dia siapa. Saya dirogol, saya seorang diri kena jaga anak ni nanti, saya tak mampu—" Mina menekup wajahnya dan menangis teresak meluahkan perasaannya yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Sujin bersimpati terhadap nasib gadis muda itu dan memeluknya erat. Berusaha sedaya upaya menenangkan perasaan pesakitnya yang berkecamuk itu.

"Saya pun pregnant, dan saya faham perasaan awak. Saya tak dirogol tapi appa kepada anak saya ni suami orang. Jadi saya faham perasaan awak, Mina-ssi." pujuk Sujin dengan lembut, dia juga hampir mengalirkan air matanya.

Mina memegang kedua-dua belah lengan Sujin sewaktu meleraikan pelukan.

"M-mwo? N-namja tu tahu tak doktor pregnant?" soal Mina bersama anak mata yang terus menatap wajah doktor muda dihadapannya ini.

Sujin menggelengkan kepalanya.

"Saya taknak dia lebihkan saya berbanding isteri dia. Saya takde hak. Dan, isteri dia pun mengandung." Luah Sujin dan mengelap air matanya. Sedaya upaya dia cuba tersenyum pada pesakitnya itu.

Minho's POV

Kaca mata hitam yang dipakai, aku betulkan kedudukannya pada batang hidungku dan menarik sedikit mask hitam yang aku pakai menutupi separuh bahagian bawah wajahku. Dengan teruja aku melangkah masuk ke dalam hospital Busan dimana tempat Sujin bekerja buat seminggu.

Aku menuju ke kaunter dan menegur salah seorang jururawat yang berada disitu.

"Chogiyo, dekat sini ada doktor nama Bae Sujin tak?" soalku.

[ C ] His Mistress | l.m.hWhere stories live. Discover now