🖤 : 18

824 76 9
                                    

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

Keesokannya,

Seoul National Hospital
10:00 KST

Pintu wad VIP yang dihuni oleh Sujin dibuka daripada luar. Dr. Ma menghampiri katil Sujin dan menekup mulutnya sendiri. Sungguh dia tidak percaya bahawa gadis sekuat Sujin ini akhirnya tumpas akibat buatan orang.

Doktor muda itu sangat tabah menghadapi macam-macam cabaran kehidupannya. Bagi Dr. Ma, gadis sebaik Sujin layak memperoleh kebahagiaannya, bukan ditambah lagi derita.

Dr. Ma mengusap rambut Sujin perlahan.

"Teruskan berjuang, Sujin-aa. Saya doakan kebahagiaan buat kamu." ucap Dr. Ma drngan nada sayu.

Beberapa saat kemudian, Dr. Ma mengalihkan pandangan pada pintu bilik air yang terbuka.

Dr. Ma memandang Lee Minho, teman lelaki Sujin yang menghampirinya. "Nuguwaseo?" soal Minho, nada suaranya keras serta wajahnya tidak bereaksi.

"Saya Dr. Ma, senior trainer Sujin sepanjang dia intern di sini." Dr. Ma memperkenalkan dirinya dan Minho mengangguk.

"Saya mintak diri dulu." Dr. Ma beredar keluar daripada bilik wad VIP tersebut meninggalkan Minho yang memandang Sujin tidak lepas.

Tangan pucat milik Sujin dicapai, perbezaan suhu badan mereka membuatkan kontranya terasa.

"Sayang, doktor simpankan baby kita dulu. Baby selamat tapi kena duduk dalam incubator dulu untuk beberapa bulan. Nanti kita jumpa baby sama-sama nae?" pesan Minho pada Sujin yang masih belum menyadarkan dirinya.

Kata doktor, Sujin mungkin koma untuk tempoh yang agak lama.

Minho tersenyum nipis, membuang segala rasa takutnya dan mula membersihkan tubuh Sujin dengan kain yang direndam air.

"Cepat sembuh sayang, bangun tau? Saya takde sesiapa selain awak dekat dunia ni. Awak kan baik, jadi kasihan kan saya tau?" pesan Minho sambil mengelap sepanjang lengan Sujin.

"Sepanjang kita bersama, saya tahu saya jarang ucapkan benda ni."

Minho ketawa kecil sambil meneruskan pergerakan tangannya mengelap leher Sujin.

"Saya mungkin nampak macam orang bodoh tapi..saya cintakan awak, Sujin. Saya sangat-sangat sayangkan awak." Dahi Sujin dicium lembut dan lama sehinggakan air matanya mengalir menitis ke atas dahi gadis itu.

Minho mengelap perlahan dahi Sujin.

"Mian." Minho mengelap air matanya. Hidungnya sudah tersumbat akibat terlalu banyak menangis sehinggakan dia sukar untuk tidur semalam.

[ C ] His Mistress | l.m.hWhere stories live. Discover now