🖤 : 9

917 73 28
                                    

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

4 bulan kemudian,

Conrad Seoul, South Korea.
08:00 KST

Sujin membawa turun luggagenya bersama sebuah handbag menantikan seseorang mengambilnya. Hari ini, Sujin akan bertolak ke Busan untuk aktiviti sukarelawan yang diadakan oleh pihak Seoul National Universiti. Mereka akan membantu Hospital Busan untuk merawat pesakit di sana memandangkan mereka kekurangan doktor, jururawat dan petugas kesihatan.

PIN!

Senyumannya melebar melihat sebuah kereta berhenti dihadapannya. Dr. Ma dan dialah semestinya. Dia akan menumpang kereta Dr. Ma untuk ke sana memandangkan dia tiada kereta.

"Sujin sorang-sorang je ke stay sini?" soal Dr. Ma. Sujin mengangguk.

"Ada teman lelaki ke?" soal Dr. Ma yang sudah seperti ibu kandungnya sendiri.

Sujin mengangkat bahunya. "Dulu ada tapi dia dah berkahwin dan isteri dia sedang mengandung. Sejak daripada tu, saya rasa saya takde teman lelaki dah." balasnya kekok.

"Oh namja yang beli kamu tu kira teman lelaki kamu la ye?" soal Dr. Ma, Sujin hanya mengangguk. Dr. Ma tahu tentang kisah hidupnya dan sejarah hitamnya juga tentang dirinya yang dibeli oleh seorang lelaki cuma identitinya dirahsiakan.

Dr. Ma mula berbual tentang topik lain pula, mengelakkan keadaan janggal.

Sujin memandang ke luar tingkap. Sejak Minho mendapati Hwa Min mengandung, memang Minho sudah tidak muncul di hotelnya.

Dia faham, cuma disebabkan Minho langsung tidak menghubunginya jadi dia agak terkilan sedikit.

Busan Hospital
12:00 KST

Setelah beberapa jam perjalanan ke Busan, mereka akhirnya tiba juga. Sujin dan Dr. Ma turun dari kereta dan menghampiri kelompok rakan setugasnya dari hospital Seoul lalu mereka bersama-sama melangkah masuk ke dalam hospital tersebut.

"Annyeonghaseyo, selamat datang ke Hospital Busan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih sebab sudi datang sukarela untuk membantu kami." ucap Direktor hospital tersebut bersama senyuman lebar.

Sujin turut tersenyum dan senyumannya melebar sebaik sahaja pandangannya bertemu dengan seseorang yang dikenalinya. Tapi tidak berapa rapat, cuma pernah berjumpa.

"Oh, cik kenal dia ke?" soal Direktor yang terperasankan Sujin yang memandang ke arah seseorang disisinya.

Sujin tersengih manakala insan tersebut melangkah setapak ke hadapan.

[ C ] His Mistress | l.m.hWhere stories live. Discover now