🖤 : 21

743 67 4
                                    

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

Conrad Seoul, South Korea
11:00 KST

Stroller Minsoo ditolak oleh Minbo masuk ke dalam bilik hotel tempat Sujin tinggal yang disediakan olehnya. Sebentar tadi dia sudah menguruskan Minsoo untuk check up. Mujur sewaktu disuntik tadi Minsoo diam sahaja tidak menangis.

"Meow."

Minho menghampiri kucing Sujin, meow. Kucing Sujin semakin manja dengannya sejak ketiadaan Sujin di rumah, semenjak tuannya bertukar milik.

"Meow rindu mama?" soal Minho sambil mengusap bulu Meow membuatkan si kucing terbaring ke lantai.

"Meooow." balas Meow membuatkan Minho ketawa.

Ini kali pertama Minho membawa Minsoo ke rumah ini jadi dia mahu memperkenalkan Minsoo pada abang sulungnya.

Tubuh kecil Minsoo diangkat daripada stroller lalu dia mendudukkan ke atas ribaannya yang kini bersila dihadapan kucing tersebut.

Tangan kecil Minsoo dipegang dan dilurutkan pada kepala Meow membuatkan Minsoo ketawa.

Minho mencium kepala kecil anaknya.

"Ee comelnya anak papa ni, hm?" Minho kemudiannya terus mengangkat Minsoo u tuk membasuh tangan anaknya yang baru saja memegang kucing.

Kemudiannya dia menuju ke bilik dan meletakkan tubuh anaknya ke atas katil.

"Kejap ye, papa ambilkan botol susu. Soo-ya tidur nae? Papa nak kemas rumah sekejap."

Minho berjalan ke arah pintu dan memandang semula ke arah anaknya sebelum tiba di muka pintu.

Minho berjalan ke arah pintu dan memandang semula ke arah anaknya sebelum tiba di muka pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kyeopta." Minho ketawa kecil sendirian.

TINGTONG.

Minho menoleh ke arah pintu yang didatangi tetamu. Dia menghampiri muka pintu dan menjenguk dari peep hole sebelum membukanya.

"Hm wae?" soal Minho dan mengalihkan pandangannya ke sisi. Tidak berminat untuk meneruskan perbualan dengan gerangan manusia dihadapannya pada waktu ini.

[ C ] His Mistress | l.m.hWhere stories live. Discover now