🖤 : 5

1.1K 88 7
                                    

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

Keesokan harinya,

Hwa Min's POV

Yeonggideo Resident
18:00 KST

Aku menghampiri tubuh Minho yang baru pulang dari tempat kerja. "Awak saja je kan semalam, Minho?" Aku menolak tubuhnya dari belakang. Dia tak bergerak, badannya kaku dan tegak sahaja. Minho memusingkan tubuhnya dan menatap tajam anak mata aku tanpa berkata apa. Aura dia sangat menakutkan.

"Mwo? Tak betul ke apa aku cakap?" soalnya. Semalam di rumah keluargaku, wajahnya setiap masa terukir senyuman, disini langsung tiada.

Tidak aku nafikan kata-katanya semalam ada benarnya tapi dia tak perlulah berkata sedemikian kepada ibu bapaku.

"Awak tu yang tak pernah bagi saya masa untuk jadi isteri yang baik!" Jeritku dan menyedari bahawa aku tersilap langkah.

Author's POV

"Awak tu yang tak pernah bagi saya masa untuk jadi isteri yang baik!" Hwa Min berteriak betul-betul didepan muka Minho.

Minho mendekatkan dirinya, melangakah setapak demi setapak ke depan membuatkan Hwa Min terundur ke belakang.

"Aku? Tak bagi kau masa?" soal Minho, nada suaranya bergetar.

"Dua tahun, 5 bulan Hwa Min. Sepanjang tempoh tu adalah masa kau untuk jadi isteri yang baik." balas Minho, bibirnya bergetar. Hwa Min sudah kelihatan takut-takut sekarang ini.

"Tapi awak selalu layan saya macam saya ni bukan isteri awak! Awak layan saya teruk!" Hwa Min membentak, cuba membalas renungan maut Minho.

"Hey." Rahang Hwa Min dicengkam kuat oleh Minho membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan.

"M-Minho, ap-appo." Rintihnya. Minho menolak tubuh Hwa Min rapat ke dinding.

"Listen, 2 tahun 5 bulan aku tak pernah tolak apa-apa affection dari kau, Hwa Min." ujar Minho, dia mengalihkan pandangan ke sisi. Lidahnya menolak bahagian pipinya dari dalam.

"Tapi, kau ingat aku taktahu?" sinis Minho bersuara sebelum dia memandang semula ke arah Hwa Min.

"Kau ambik pil cegah hamil every single day. Kau ambik pil tu, sebab kau langsung taknak ada anak kan?" soal Minho, Hwa Min sudah bertakung air matanya dan dia mengangguk.

"Saya model Minho, saya kena jaga badan. Saya tak boleh rosakkan badan saya!" jelas Hwa Min.

Minho mengangguk. "Nae..kat sini kau nampak macam aku yang tak faham kau kan?" soal Minho.

Hwa Min masih menangis.

"Hey, hey!" Minho menepuk pipi Hwa Min.

"Pernah kau terfikir tak, HUSBAND kau ni boleh buat apa saja untuk elokkan badan kau? Pernah kau terfikir tak macam mana model lain elok je ada anak apa semua?" soal Minho lagi. Buat pertama kalinya Minho menyuarakan perkara ini.

[ C ] His Mistress | l.m.hWhere stories live. Discover now