2-trial and error

4K 567 243
                                    

Line Without a Hook- Ricky Montgomery0:35 ──o───────── -4:23⇄      ◃◃    Ⅱ    ▹▹      ↻

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Line Without a Hook- Ricky Montgomery
0:35 ──o───────── -4:23
⇄      ◃◃    Ⅱ    ▹▹      ↻

"Haikal! Suka hati kau je parking dekat tempat aku! Aku nak parking dekat mana?" Masuk aje ke dalam rumah, Mikaeyl melaung seperti seekor monyet tersesat di kawasan habitat manusia. Bagi salam pun tidak.

Haikal yang tengah tersengih tengok televisyen, terus mengalihkan pandangan ke wajah berang Mikaeyl. "Aku tetamu. Layan baik sikit tak boleh? Tetamu bawa rahmat tahu?"

Banyak dia punya tetamu. Kalau dah tiap hari datang, lupuskan aje la title tetamu tu. "Kalau kau, tak bawa rahmat. Bawa sakit hati ada."

Mikaeyl menayang wajah tak puas hati. Nanti kena keluar semula dan parkir kereta betul betul. Dah jadi kerja. Stoking dicabut dan dicampak ke muka Haikal.

Haikal tak ada hallah, campak seluar dalam pun dia takkan terkesan. Stoking yang terjatuh dan menggelosor ke peha dia dicampak ke wajah Najmi yang sedang baring di sofa yang mempunyai tiga tempat duduk. Najmi terus pejam mata dan meludah ke tepi. Aku tercium stoking Mikaeyl! Jijik!

"Nak kena lempang ke, Haikal?!" Kalau ikutkan nak terus gusti aje Haikal ni. Tapi dia malas nak melayan. Lagi dilayan nanti, lagi galak sekejap lagi si Haikal ni.

Najmi memandang Mikaeyl yang sedang meletakkan bungkusan makanan di atas meja. "Woi Mika. Kau kenapa basah basah?"

Mikaeyl pandang Najmi dengan muka tak percaya. Lembab ke buta hamba Allah seorang ni? Kat luar tu kan hujan? "Aku baru habis berenang, Mi."

Mikaeyl kembali berjalan ke arah sofa dan melabuhkan duduk di sebelah Haikal. "Kenapa kau semak di sini? Wahai Haikal Deedat?"

Peha Haikal ditepuk.

"Kerana aku bisa, Mikaeyl Lee." Dia jawab tanpa menoleh pandang Mikaeyl.

"Aku ajak duduk dengan kita orang, tak nak. Baik kau bayar aje sekali bil elektrik rumah kita orang kalau datang tiap hari macam ni."

"Kedekut eh kau?" Dia pandang Mikaeyl. Bil elektrik berapa hengget pun berkira?

"Dengan kau, ya."

"Cis." Haikal julingkan mata ke langit. "Kau amacam? Ada nangis tak tadi?" Haikal dan Najmi pada mulanya nak teman Mikaeyl, tapi tak dapat kad jemputan. Takkan nak jadi tetamu tak diundang?

"Banyaklah kau. Apa barang aku menangis?" Mikaeyl terus alih muka ke skrin TV. "Aku lama dah move on. Bukan macam Najmi. Tak move on sampai mati."

Najmi buat pekak dan sambung buat kerja dia.

"Ala... jujur jelah. Berapa ML air mata kau tumpah tadi?" Haikal jongket kening. "Ke kau pergi dekat Alan tadi pastu kau baca pantun? 'Dengar sini wahai Alan. Aku ada pantun dua kerat untuk kau.' "

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now