3-sunway lagoon express

3.1K 542 137
                                    

Half A Man- Dean Lewis0:35 ──o───────── -4:23⇄      ◃◃    Ⅱ    ▹▹      ↻

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Half A Man- Dean Lewis
0:35 ──o───────── -4:23
⇄      ◃◃    Ⅱ    ▹▹      ↻

Disclaimer: I minat kpop. Jangan serang saya. Serang Haikal.

"Assalamualaikum!" Haikal baru sahaja nak masuk rumah, tiba-tiba Eisha muncul depan muka.

"Ni mesti kerja kau kan?" Laju dia menyoal, terganjak badan Haikal ke belakang disergah oleh Aniesha begitu.

"Hukum tak jawab salam, berdosa..." Haikal mengingatkan sambil mengurut dada. Jantungnya masih berdegup kencang.

"Waalaikumusalam! Hukum menyusahkan aku macam mana pula?"

Kenapa dah si gila ni? Tak buat apa-apa pun kena serang? Tulah, minat K-Pop lagi. Kan dah jadi tak betul. Lain kali minat lagu Bollywood. Kuche kuche hotahei! "Apa dosa aku kali ni?"

"Kau recommend siapa pula kat mak aku? Ni dah sibuk tunjuk gambar lelaki mana entah! Lepas tu paksa aku kahwin!"

Oh... sebab Mikaeyl ke? Dia memegang bahu Aniesha. "Wahai Eisha yang tak berapa sedap mata memandang. Terima ajelah tawaran mak kau tu. Sampai bila kau nak hidup berdendam pada Imran yang sudah pun bahagia bersama orang lain? Tak pun, hidup berimaginasi dengan abang Korea kau tu?"

"Esh!" Aniesha menghentak kaki seraya duduk di atas sofa di ruang tamu. "Aku malaslah Haikal. Aku nak jadi the rich single auntie aje. Tengok Hana! Seronok dapat makcik ada duit macam aku."

Untuk menjadi the rich single auntie dulu merupakan cita-cita Aniesha! Lelaki ni menyusahkan aje. Dia dah hilang kepercayaan pada mereka dalam bab cinta ni. Lebih baik dia suka pada lelaki K-Pop sahaja! Sekurang-kurangnya, tak sakit hati!

"Kawan aku ni okey... serius. Dia baik gila. Kau tengok tak gambar aku hantar dekat mak kau tadi?"

"Tengok dah. Esh! Muda betul muka? Budak baru habis SPM ke?"

"Banyak kau! Dia sebaya aku la, dik non! Tua dua tahun dari kau. Tapi ya lah, baby faced sikit."

"Tak nak. Bukan taste aku."

"Tu gambar lamalah. Sekarang dah nampak tua sikit. Rugi weh kau. Dia baik, weh. Dia tu, nak bunuh semut pun tak sampai hati. Cuma pemalulah sedikit."

Okey, sebenarnya Eisha suka lelaki pemalu. Lagi pemalu, lagi suka dia usik. Tapi dia masih jual mahal. "Erm... malas."

"Lecturer tu... bukan biasa biasa, tau?"

Eisha tarik muka sahaja mendengar. So? I own a bakery?

"Kau jangan buat muka macam tu, Aniesha." Tiba-tiba mak long muncul dan turut sama duduk bersama budak berdua tu.

"Kau nak ke hidup sampai la mati, berseorangan aje?"

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now