4-birthday tucenk

2.9K 490 64
                                    

I Don't want to Waste My Time - Joji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I Don't want to Waste My Time - Joji

0:35 ──o───────── -4:23

⇄ ◃◃ Ⅱ ▹▹ ↻

"Weh DJ...." Eisha merengek lantas mendekati Khadijah. "Kenapa boyfriend kau selalu menyakitkan hati aku eh?"

Khadijah yang sedang melipat telekung tergelak. "Kenapa dah dia?"

Dia malas dah masuk campur kalau budak berdua ni gaduh. Kadangkala dia senyum sahaja dan sambung buat hal sendiri walaupun Eisha dan Haikal dah hampir berbunuhan di sebelah dia.

"Entahlah dia. Mana power bank aku eh? Aku minta cara baik tau kat dia tadi. Dia jawab macam aku pula curi power bank dia." Ada nada terkilan dalam suara Eisha. Haikal kalau dengan DJ, baik dia macam layan budak kecil! Sampai dekat Aniesha. Macam dia pernah terbakarkan rumah Haikal!

"Oh. Ada dengan aku. Sorry weh." Khadijah mencari power bank yang diletakkan di bawah tudung dia tadi. Power bank berwarna biru turquoise itu dihulur pada Eisha.

"Tak apa." Dia mencapai sebelum meletakkannya di atas meja. Yang minta power bank tu mak dia. Risau benar telefon bimbit dia mati ketika bergosip dengan geng mesyuarat tingkap negeri Selangor dia tu. Eisha bersandar di sebelah Khadijah sebelum mula termenung kosong.

"Kau fikir apa weh? Fikir hal akhirat ke?"

Hal akhirat apa pula? Dia terfikir pasal kawan Haikal la. Tipu kalau lelaki tu langsung tak masuk ke dalam benak fikiran dia tadi. "Kau kenal tak... erm... siapa eh nama dia?"

"Siapa?" Mesti nak tanya pasal Mikaeyl ni.

"Belakang dia ada Lee." Itu aje Eisha ingat. Eisha memang ada masalah dengan mengingat nama dan muka orang sikit. Yang dia ingat cumalah perbuatan jahat seseorang pada dia sahaja. Kalau bukan kejahatan. Jarang la hendak ingat.

"Mikaeyl Lee?" Khadijah menyebut dengan kening terangkat. "Kawan baik Haikal?"

"Yeap yeap! Mikaeyl Lee. Lee tu memang Lee ke? Ke sebenarnya nama dia Mikaeyl Sulaiman? Sulaiman pendekkan jadi Leman, pendekkan lagi, jadi Lee?"

Khadijah terus tergelak besar mendengar kata-kata Eisha. Kawan tu punyalah ada nama elegant, tak semena-mena ditukar jadi Leman terus. "Kau ni. Bukan la bijak. Nama dia memang Mikaeyl Lee. Mikaeyl Lee bin Tajuddin Lee. Ada chinese blood gituh!"

Oh... patutlah muka ada rupa orang Korea sikit. Tetapi Korea celup la. "Kau kenal?" Dia rasa macam teringin nak tahu fasal lelaki tadi tu. Tak ada la minat. Nak tahu sahaja.

"Gila tak kenal? Time aku degree dengan Haikal sekali, tu la gang aku. Tapi dia macam pendiam sikit. So, aku tak ada la rapat dengan dia macam aku rapat dengan kawan Haikal seorang lagi tu."

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now